Friday, June 29, 2012

KELEBIHAN MENJADI SEORANG GURU DI SISI ISLAM :)

SALAM...



Sebagai renungan bersama, marilah kita lihat apakah kelebihan seorang guru disisi islam...
Terdapab banyak ayat-ayat Al-Quran & Hadis yang menceritakan akan kelebihan guru. Antaranya,


1) Firman Allah :


" وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّنْ دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَالْمُسْلِمِينَ "


Maksudnya : Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.


2) Sabda Nabi SAW mafhumnya :


"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahla amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)


"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)


*Hadis Gharib bermaksud hadis yg diriwayatkan oleh seorang perawi dalam stu lapisan perawi atau lebih.


Daripada ayat & hadis ini dapatlah kita ketahui bahawasanya Kedudukan guru disisi islam amatlah tinggi nilainya, mendapat ganjaran yang tidak putus-putus disisi Allah SWT. Beruntunglah mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang cikgu....


Antara kelebihan guru :


1-guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya.


2-guru memiliki kebijaksanaan dalam membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.


3-guru menyumbang bakti yang sangat besar dalam membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya.


*dipetik dari artikel IKIM


P/S : Alhamdulillah,kerana telah terpilih untuk menjadi seorang pendidik.. :)

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH :)

SALAM...



Hari ni nak berkongsi dengan sahabat2 ciri-ciri seorang wanita solehah..semoga diri ini dan para sahabt dapat menjadi seorang wanita solehah..insyaAllah..



⇒ Mendirikan solat tepat pada waktunya
⇒Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
⇒Tak meninggikan suara ketika marah
⇒Sopan santun perilakunya
⇒Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
⇒Pandai mengambil hati orang tua
⇒Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
⇒Sentiasa menjaga kebersihan
⇒Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
⇒Murah dengan senyuman
⇒Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
⇒Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
⇒Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
⇒Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar


p/s : terima kasih kepada blog.radhio.com atas perkongsian ilmu ini :)

Sunday, June 24, 2012

UJIAN ALLAH...

Salam...

Selepas seharian aku berfikir, barulah aku tau bahawa ape yg berlaku kat diri aku skrg ini adalah sebahagian dr ujian ALLAH sebelum ALLAH memberikan kebahagiaan kepada aku..insyaALLAH aku akan cuba untuk hadapi ujian ini dgn redha..semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..

P/S : selepas mengetahui cerita yg sebenar,membuatkan aku lg bertambah takut..nauzubillah..

Friday, June 22, 2012

TOLONGLAH HENTIKAN!!!!!

SALAM....

Ape yg korang rasa bila dikeneng2kan dengan insan yg korang sndiri tak suka?? mesti korang tak suka kan..mcm tu jugak aku..aku tak suka dikeneng2kan dgn org yg aku tak suka..SEBAB SETIAP PERCAKAPAN ITU ADALAH SATU DOA!!!.tolonglah hentikan semua ni...aku tertekan sgt2..jgn rosakkan kebahagiaan aku dan insan yg aku sayang...serius,aku takut...tolonglah hentikan!!

Tuesday, June 5, 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KU NOR ILYANAH :)

SALAM...


Tanggal 5 Jun 1987, lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama NOR ILYANAH BINTI OTHMAN..hari ini 5 JUN 2012, bayi itu telah pun menjangkau usia 25 tahun..Alhamdulillah,Allah masih memberi aku peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini untukku beribadah kepadaNya..semoga Allah memurahkan rezekiku dan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepadaku..insyaAllah..

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KU NOR ILYANAH :)