Wednesday, February 10, 2010

DIRI SEPERTI ANAK KECIL


SALAM

Hari ni turn aku mengajar..aku rasa happy dan semangat sangat mengajar hari ni..aku rasa diri aku seperti anak-anak kecil yg berumur 5-6 tahun..aku enjoy mengajar diorang. Macm2 aktiviti yang aku wat ari ni tuk diorang setelah penat membaca dengan guru pra.. aku main lompat2, aku menyanyi, aku buat bunga..seronok sangat2..aku rendahkan tahap kematangan aku untuk mereka..walaupun kadang2 aku bersifat tegas dengan diorang..ternyata mereka enjoy bila aku mengajar..ini lah dunia prasekolah yang sebenarnya..

p/s : nampak mudah, tetapi hakikatnya hanya guru pra yang tahu :)

Tuesday, February 9, 2010

BILA AKU MULA MENGAJAR..


SALAM...

Semalam aku dah mula mengajar..walaupun aku tak ada mood semalam, aku tetap teruskan pengajaran untuk anak didik aku..bila aku dah stat mengajar, faham2 jela..aku menggunakan suara emas aku ni untuk mengajar kanak-kanak ni..sejak guna kurikulum baru ni, aku jadi pening sikit..hilang arah tuju untuk mengajar. lagi pun dah lame aku tak mengajar.

budak2 aku tahun ni ok la..walaupun ramai yg jenis manja dan cengeng. sikit2 nak menangis..kalo adik aku dah lame da aku tempeleng..huhu..nasib bek anak orang..sekarg ni aku dah stat bz..dengan slot sampai 5,6 satu hari..jenuh nak perah idea..

harap2 praktikum kali ni aku dapat wat yg terbaik macm sem lepas..sem lepas aku berjaya dapatkan A-..dan kali ni aku harap dapat wat yang lebih baik..InsyaAllah..

p/s : tak lupa jgak tuk kajian tindakan aku yang belum2 stat lagi ni..hihi :)

Monday, February 1, 2010

CIKGU YANAH KEMBALI LAGI..HEHEHE


SALAM...

Hari ni, hari 1st aku pegi praktikum untuk fasa yang ketiga..aku dapat sekolah kat Shah Alam..hari pertama ni biasala, bangun awal.pukul 5.30 dah bangun. pukul 6.40 dah gerak sebab takut jalan sesak kat federal highway tu..hari 1st jugak aku dah sebarkan virus kat sekolah tu..virus selsema..huhu..

pandangan pertama aku terhadap sekolah tu kira ok la..tak lah strict sangat. guru besar dia pun sempoi jer..yang penting!!! makanan kat kantin dia sangat sedap, sangat banyak dan sangat murah ye..aku ni paham2 jer, pantang bab2 makanan ni..perut memg sentiasa berbunyi jer..hehe..


aku stat mengajar minggu depan. minggu ni aku rilex dulu tgk cikgu mengajar. al maklumla, kurikulum baru. aku tak faham sangat..hope praktikum last ni akan meninggalkan kenangan yang terindah buat aku sebelum aku dipostingkan..


p/s : murid2, nantikan kedatangan cikgu yanah ye..hehehe :)

Thursday, January 28, 2010



Khas untuk insan teristimewa
Selamat Menyambut Hari Lahir (29 Jan)
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah
Semoga kita dipertemu dan dipanjangkan jodoh oleh Allah
InsyaAllah

Wednesday, January 20, 2010

WAAAA..TRANSFORMER DATANG!!!!!



SALAM..

Kuala Lumpur : IP digemparkan dengan kehadiran Transformer. Transformer ini dikenali sebagai "Piling" yang telah menyebabkan satu IP terasa gegarannya. Kehadiran "Piling" ini dijangka akan mengganggu ketenteraman pelajar IP yang sedang menuntut kerana saiznya yang sangat besar serta menghasilkan gegaran yang sangat kuat. Pelajar IP diminta untuk berjaga-jaga dengan "Piling" ini kerana mereka boleh berubah bentuk bila-bila masa sahaja..

Berita disampaikan oleh Nor Ilyanah :)

GEGARNYE....

SALAM...

aku tak taula selamat ke tak aku duduk kat IP ni..dah rasa macm gempa bumi pun ada..duk kat kelas bergegar, duk kat bilik bergegar..semuanya bergegar..nak belajar pun x selesa bila kat kelas..dah la hostel yg aku duduk ni tinggi sampai 13 tingkat..aku duk tgkat 4 dah rase bergegar..kalo kat tingkat 13 tu lagi la..

p/s : dah mcm duk kat atas mesin yg bakar lemak tu..bergegar sepanjang masa..hu :(

Tuesday, January 19, 2010

NASI DAGANG VS TELUR MASIN


SALAM..

Semalam aku pergi pasar malam kat Kerinci..tiba2 perut ni rasa mcm nak makan nasi dagang..aku pun pergilah kat satu gerai ni..aku mintak lah nasi dagang..dalam kepala otak aku pk, mgkin lauk tuk nasi dagang memg dah ditetapkan sebab aku tak tau sgt nasi dagang ni makan dengan lauk ape..tiba2 bila aku mintak "kak nak nasi dagang satu", kakak tu tanya aku "nak lauk ape dik?"..aku terus terkedu, tak tau nak ckp ape..aku pun main belasah je la mintak ape yg patut..mintak lauk kuah kari dengan TELUR MASIN..kakak tu pun tercengang tengok aku..mungkin dlm kepala otak dia pk, "ape hal la budak ni, sejak bila plak nasi dagang makan dengan telur masin"..huhu..aku pun buat muka selamba dek jer.. bila dah beli, aku tanya la sorang member aku budak kelantan..ada ke nasi dagang makan dengan telur masin? dia cakap x pernah dibuat orang..hehehehe

p/s : sedap tau makan nasi dagang dengan telur masin..org pantai timur kene cuba resipi baru ni..huhu :)