Wednesday, November 24, 2010

DAH LAME TAK MEREPEK.....

SALAM...

Rasenye dah lame gak tak merepek dlm blog ni..so, bila ada kesempatan ni rasa nak merpek bnyak2 kat dlm blog ni..tp xleh merapu sgt..nanti ada plak yg menyampah..

p/s : mood untuk merepek bnyak2 kat blog ni....hehe

Tuesday, November 2, 2010

MEMORI TERINDAH....





SALAM..

Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun setengah aku bergelar pelajar PISMP...banyak memori suka dan duka bersama rakan-rakan yg tak kan dapat aku lupa kan..terima kasih kawan2 yg telah bersama-sama mengharungi kisah suka dan duka..maafkan andai tersalah bicara, terguris hati, tersalah tingkah..mohon seribu kemaafan..

p/s : bila lagi la kita dpt berkumpul dan berjumpa satu kelas mcm ni....KENANGILAH SEGALA MEMORI TERINDAH....2005-2010......

Friday, October 22, 2010

AIR MATAKU MENGALIR LAGI.......



Engkau menguji aku sekali lagi ya ALLAH..sungguh berat ya Allah ujian yg Engkau berikan kepadaku..air mataku mengalir teringat akan dirinya..Engkau kurniakanla kesihatan yang baik kepadanya Ya Allah..Engkau panjangkanlah umurnya Ya Allah..Engkau berilah ujian yang mampu ditanggung oleh ku Ya Allah..Jika ini ditakdirkan untuk diriku, aku redha Ya Allah...aku redha...

Monday, October 11, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Ni sedikit gambarnya







Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Sumber:
Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.


Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.


Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.


"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.


Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.


"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.


"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.


Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.


"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Thursday, September 30, 2010

TUTUP AURAT SUDAH...


SALAM..

aku tak faham la org zmn sekrg ni..bila jamuan jer nak tetpkan tema..lagi sakit hati bila tetapkan tema warna..kat ip aku ni nak adakan jamuan..tema ETNIK MELAYU memg dah cantik dah..yang tak cntik nye bila tetapkan plak warna HITAM dgn MERAH..mane plak aku nak cekau baju hitam merah..hitam putih adala..merepek la benda ni sumer..aku tak kira..aku dh bayar..suka ati aku nak pkai baju wrna ape pun..korg xde hak nak tetpkan sume tu tuk aku..huh..

p/s : sepatutnya letak tema "MENUTUP AURAT"..bila dh dinner ni fhm2 jela..time tula nak tayang body..huh

Tuesday, September 28, 2010

TEKANAN MQA..

SALAM..

Minggu ni semua member kelas aku mengalami tekanan gara-gara nak MQA khamis dgn jumaat ni..mcm2 ragam aku tgk budk2 ni..ada yg mengamuk, marah2 x tentu pasal, ada yg hentak2 barang dpan aku..huhu..tak kisah la, lg pun bukan marah kat aku..tp aku yg tgk nye, aku plak yg jd stress..aku lagi la, nak menguruskan lectre punya fail yg tak siap2..besok last kene uruskan semua tu..harap2 siap la b4 MQA dtg..

p/s : untuk sahabat2 ku, xperlula nak mengamuk, hentak2 brg..masing2 jln kerja masg2..jgn kerana MQA, hubungan kawan terputus..kita dah sem last, maafkan la jika ada salah silap tu..ingatan tuk diri sendiri jugak :)

Monday, September 20, 2010

HARAPAN...

HARAP MAMA SEMAKIN SEMBUH DAN SIHAT LEPAS NI...CUKUPLAH PENDERITAAN YANG MAMA TANGGUNG..DERITA SUNGGUH..SEMOGA ALLAH MENYEMBUHKAN MAMA SEPERTI SEDIA KALA...AMIN...SAYANG MAMA :)