Wednesday, April 18, 2012

SEGMEN : BLOG PILIHAN ZAMANI 84



Zam berminat dalam mencari blog-blog untuk dimasukkan dalam senarai blog kegemaran Zam. Tiada kriteria istimewa diperlukan. Tidak kira anda blogger baru atau lama, popular atau tidak, blog comey atau biasa2, blog serius atau santai, Zam nak ajak korang semua untuk join segmen ni ('',) Setiap blog ada kelebihan tersendiri kan?

Di akhir segmen, Zam akan pilih 5 blog sebagai BLOG PILIHAN ZAMANI 84 & promosikannya secara esklusif selama seminggu bagi setiap sebuah blog di dalam satu entri STICKY POST (Macam blog Mr. E'raz Fadli yang Zam tampilkan di atas). Selain itu, Zam akan masukkan kelima2 buah blog itu dalam bloglist Zam sampai bila2!

Anda berminat untuk sertai? Mudah saja~ buat SATU ENTRI bertajuk "SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84", letak banner segmen tersebut (beserta link ke entri Zam ini) & sebaik entri anda di publish, berikan link entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah. Mudah kan? Tarikh tutup adalah seminggu dari sekarang~ 24 April 2012 pukul 11.59 malam. Jadi apa lagi, jom join segmen ni & sebarkannya kepada blogger2 lain~~

p/s : blog saya x la famous mcm blog2 yg lain..sekadar mencuba untuk berkongsi ilmu dengan sahabat2 yang lain :)


Tuesday, April 17, 2012

JOM SOLAT SUNAT DHUHA :)

SALAM...

Kali ni teringin pulak rasanya nak menyampaikan ilmu kepada para sahabat berkenaan dengan Solat Sunat Dhuha...mcm mane nak solat dhuha? Bila nak kene buat? Apa kelebihannya solat Sunat Dhuha ni??? Jom kita baca entry ni smpai habis ek.....


      1. Waktu solat Dhuha

      Dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00-11.00 pagi). Dilakukan   
      sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 4,6,8 sehingga 12 rakaat dan setiap 2 
      rakaat dengan satu salam.


      2. Cara Solat Sunat Dhuha
          - Baca niat Solat sunat dhuha "sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah 
            Taala.
          - Bacaan rakaat pertama Surah Al-Fatihah dan As-Syam.
          - Bacaan rakaat kedua Surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
          - Selesai salam membaca doa.


maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

   3. Kelebihan solat sunat dhuha :



Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

haaa..skrg dah tau kan bila,cara dan kelebihan solat sunat dhuha ni kan...jadi,marilah kita sama2 mengamalkannya....sekian,untuk perkongsian ilmu bersama :)

Monday, April 16, 2012

TAMAN PALING CANTIK DI DUNIA..SUBHANALLAH :)

SALAM...

Subhanallah...sungguh indahya ciptaan Allah S.W.T...marilah sama2 kita menghayatinya...gambar ini diambil dari jomkongsistory.com










Friday, April 13, 2012

LELAKI MEMPUNYAI KUASA MUTLAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN...

SALAM...

Rasa tertarik dengan tajuk Liga Ilmu yang disiarkan di Astro Oasis di mana Imam Muda Vs Uztazah Pilihan malam td...ini bagi pandangan saya sendiri..lelaki mmg dijadikan di muka bumi ini untuk menjadi seorang pemimpin..lelaki perlulah sentiasa berada di hadapan wanita dan wanita perlu menjadi pendorong semangat kepada kaum lelaki.

*************************

Rasa nak tergelak pun ada dengan aksi ustazah pilihan yang pakai tudung warna kelabu (tak tau nama)...selalu lari dari topik perbualan..bercakap pun tidak menggunakan hadis dan dalil yang soheh berbanding dengan imam muda Fakhrul yang berhujah dengan menggunakan hadis dan dalil yang soheh..

**************************

Analoginya mudah sahaja...kita tgk dalam solat berjemaah..lelaki boleh menjadi imam kepada kaum lelaki dan wanita..tetapi,wanita hanya boleh menjadi imam kepada kaum wanita sahaja..mudah sahaja untuk memahaminye kan?...tak perlu nak analogi nasi lemak bagai...tetapi,tidak semua kaum lelaki di dunia layak untuk menjadi pemimpin...yang mempunyai kuasa yg mutlak hanyalah Allah S.W.T..

p/s : minta maaf kalau ada yg tersinggung membaca entry kali ini....sekadar untuk berkongsi ilmu :)


Monday, April 9, 2012

SETAHUN SUDAH MAMA PERGI...

SALAM...

Tanggal 9 April 2011, tepat jam 6.20 pagi mama pergi meninggalkan aku dan keluarga...hari ini 9 April 2012, genap setahun sudah mama pergi...terlalu pantas masa berjalan..terasa seperti baru semalam aku bergurau dgn mama, berborak dengan mama...kini, itu semua hanyalah kenangan...akan aku simpan segala kenangan bersama arwah mama hingga aku sendiri menemui mama...

yanah terlalu rindukan mama...al-fatihah...

Tuesday, April 3, 2012

Lukisan 3D Paling Pelik Di Dunia..

salam...

kita layan gambar lukisan 3D paling pelik kat dunia ni...lukisan ni hanya menggunakan pensil dan sehelai kertas..tinggi betul daya imaginasi pelukis ni..gambar ni diambil dari Melayukini.net..







Monday, April 2, 2012

Aku Masih Diberi Peluang....

Salam...


Alhamdulillah..hari ini aku masih berpeluang meneruskan kehidupan ini untuk menunaikan ibadah kepadaNya..


*********************

Pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 sedang aku fokus pandu kereta nak balik kampung, aku hampir2 terlibat dengan kemalangan jalan raya..aku drive di line kiri,dan kereta Myv (mangsa kemalangan) berada di line kanan..pada mulanya kami saing..tapi bila dia pintas kereta aku, tiba2 jer dia langgar devider kanan dan terus berpusing 2 kali  n terus berhenti melintang tengah jalan...aku sangat terkejut  dan terus tekan brek..syukur sangat kereta kat belakang aku tak laju sangat...teruk jugak la myv tu...tapi pemandunye Wallahualam..tp pemandunya sempatla drive pusingkan kereta tu balik tuk ke tepi...berderet jugakla kereta kat belakang aku berhenti...lepas reda sikit, aku teruskan perjalanan aku dengan tangan dan kaki yang menggigil...terus cancel nak belikan adik kek sebab aku pk nak balik rumah terus....

***********************


Sampai je rumah aku terus bagi tahu baba...baba pesan buat solat sunat syukur...aku bersyukur sangat sebab Allah selamatkan perjalanan aku dan masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan...


************************

TERIMA KASIH YA ALLAH