Wednesday, August 15, 2012

SAAT RINDU BERTANDANG....NUKILAN UNTUK MAMA LAGI...

MAMA....
Setiap kali terasa rindu kat mama,pasti air mata ni akan mengalir laju....
rindu yang teramat yang x dpt diungkapkan dengan kata-kata...
lama terpendam dalam hati yang sayu.....
terkenang saat MAMA terbujur kaku dengan muka bertutupkan kain putih....
terkenang saat MAMA dimandikan dan dikafankan....
terkenang saat yanah mencium MAMA untuk kali yang terakhir....
semuanya yanah ingat satu persatu.....


MAMA....

Dua tahun sambut raya tanpa MAMA disisi....
tiada lagi suara MAMA minta buat itu dan ini......
tiada lagi MAMA yang sibuk di dapur.....
tiada lagi MAMA yang suka berguarau senda...
tiada lagi MAMA yang akan bertanyakan itu dan ini...
tiada lagi MAMA yang akan menunggu kepulangan yanah di muka pintu dgn senyuman yg manis...
tiada lagi bahu MAMA untuk yanah peluk...
dan...tiada lagi tangan MAMA untuk yanah kucup.....


MAMA...

hanya yang mampu yanah lakukan untuk mama adalah menjadi anak yang solehah....
yang sentiasa mendoakan mama di alam sana...
yanah nak mama sentiasa dirahmati Allah...
dan...yanah hanya mampu berdoa semoga Allah menemukan kita suatu hari nanti di Jannah....insyaAllah..


yanah terlalu rindukan mama...al-fatihah...


Thursday, August 9, 2012

SOALAN-SOALAN YG WAJIB DIJAWAB SETIAP HARI :)

SALAM...


Antara soalan-soalan yg perlu saya jawab setiap hari...

1) SIHAT??
2) WAT APE?
3) MAKAN APE TADI?
4) TAK PERGI MANE2  HARI NI?
5) MALAM NI WAT APE?
6) BARANG-BARANG DAH KEMAS?
7) MACAM MANE MENGAJAR HARI NI??

Huhu...ni lah soalan yg perlu saya jawab setiap hari...walaupun dah bertahun tnya soalan ni,saya tetap menjawabnya tanpa rasa jemu...semoga soalan2 ni akan terus ditanya sampai bila2 :)

Wednesday, August 8, 2012

ALMOND LONDON :)

SALAM...

Happy nye bila dapat wat kuih raya sendiri bersama dgn housemate saya kak idah..bertambah happy bila kuih tu menjadi..first time wat almond london ni...tp wat 3 jam baru dpt satu balang...mcm mane org yg ambik tempahan banyak2 tu ek?? kitorang wat sikit ni pun dah letih...ni menunjukkan yg diorg tabah mencari rezeki dlm buln Ramadhan yang mulia ni...kongsi sikit gmbar kuih kitorang :)

Monday, July 2, 2012

BOLA VS RAMADHAN...

SALAM..


BOLA VS RAMADHAN


- bola lg 3 bulan nak mula, dah boleh kira berapa hari yg tinggal...tp bila ramadhan,x pernah kira pun tinggal berapa hari..


- kalau pasal bola berjaga sampai 3,4 pagi pun sanggup..tp bila bulan ramadhan,nak berjaga 3,4 pagi tak sanggup..


- kalau pasal bola,sanggup kuar minum pegi kedai mamak tgk bola..tp bila ramadhan,nak pegi solat kat masjid secara percuma pun susah..(dpt mkn free lg,tak payah bayar)..


inilah dia cara umat islam zaman sekarang...lebih mengagung2kan benda yg tidak sepatutnya...kalau bab bola,sanggup wat ape saje asalkan hati puas..tp bila citer pasal ramadhan,semuanya terpinga-pinga buat tak tau...fikir2kanlah...

Friday, June 29, 2012

KELEBIHAN MENJADI SEORANG GURU DI SISI ISLAM :)

SALAM...



Sebagai renungan bersama, marilah kita lihat apakah kelebihan seorang guru disisi islam...
Terdapab banyak ayat-ayat Al-Quran & Hadis yang menceritakan akan kelebihan guru. Antaranya,


1) Firman Allah :


" وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّنْ دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَالْمُسْلِمِينَ "


Maksudnya : Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.


2) Sabda Nabi SAW mafhumnya :


"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahla amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)


"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)


*Hadis Gharib bermaksud hadis yg diriwayatkan oleh seorang perawi dalam stu lapisan perawi atau lebih.


Daripada ayat & hadis ini dapatlah kita ketahui bahawasanya Kedudukan guru disisi islam amatlah tinggi nilainya, mendapat ganjaran yang tidak putus-putus disisi Allah SWT. Beruntunglah mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang cikgu....


Antara kelebihan guru :


1-guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya.


2-guru memiliki kebijaksanaan dalam membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.


3-guru menyumbang bakti yang sangat besar dalam membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya.


*dipetik dari artikel IKIM


P/S : Alhamdulillah,kerana telah terpilih untuk menjadi seorang pendidik.. :)

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH :)

SALAM...



Hari ni nak berkongsi dengan sahabat2 ciri-ciri seorang wanita solehah..semoga diri ini dan para sahabt dapat menjadi seorang wanita solehah..insyaAllah..



⇒ Mendirikan solat tepat pada waktunya
⇒Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
⇒Tak meninggikan suara ketika marah
⇒Sopan santun perilakunya
⇒Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
⇒Pandai mengambil hati orang tua
⇒Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
⇒Sentiasa menjaga kebersihan
⇒Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
⇒Murah dengan senyuman
⇒Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
⇒Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
⇒Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
⇒Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar


p/s : terima kasih kepada blog.radhio.com atas perkongsian ilmu ini :)

Sunday, June 24, 2012

UJIAN ALLAH...

Salam...

Selepas seharian aku berfikir, barulah aku tau bahawa ape yg berlaku kat diri aku skrg ini adalah sebahagian dr ujian ALLAH sebelum ALLAH memberikan kebahagiaan kepada aku..insyaALLAH aku akan cuba untuk hadapi ujian ini dgn redha..semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..

P/S : selepas mengetahui cerita yg sebenar,membuatkan aku lg bertambah takut..nauzubillah..