13 Mac 2012 (Selasa)
Tepat jam 10.00 pagi aku menaiki feri di pelabuhan Melaka menuju ke Kota Dumai,Indonesia bg mengikuti program Twin School anjuran PPD Kota Tinggi..hati aku tertanya-tanya macm mane la rupa Kota Dumai ni..almaklumla,first time nak pegi indon..feri tiba di bumi Dumai tepat jam 2.30 ptg..kami disambut dengan paluan kompang..dah mcm YB plak rasenye..aku dan rakan dibawa menaiki Honda CRV menuju ke SDIT Jamiatul Muslimin..sampai saje di sana, hujan penuh rahmat mencurah-curah menyambut kedatangan kami..selesai semua acara,kami di bawa menginap di City Hotel yang terletak tengah2 bandar kota Dumai. Pada malamnnya, kami diraikan di Grand Zuri Hotel yang terletak tidak berapa jauh dari City Hotel..pengalaman yang aku tak boleh lupakan pada malam itu, aku dan beberapa org rakan ditinggalkan oleh ahli rombongan yang lain. Kami terlewat kerana sibuk menyiapkan peserta tarian zapin yg akan mengadakan persembahan pada malam itu. penunggu2 beca mencari peluang untuk bawa kami ke sana...Puas kami semua menolak..Akhirnya kereta yang sepatutnya mengambil kami tiba dan membawa kami ke Grand Zuri Hotel..Sambutan pada malam itu sangat meriah. kami disajikan dengan bermacam jenis persembahan budaya sampaila aku sendiri tersengguk-sengguk kat meja makan..orang di sana sangat kaya dengan budaya..mereka menjaga tradisi mereka dengan baik..sampai kumpulan guru nak buat persembahan koir pun rase malu kerana persembahan kami tidak setanding dengan persembahan mereka..acara berakhir tepat jam 12.00 malam dan kami dibawa pulang semula ke City Hotel untuk berehat....bersambung....
8 comments:
Salam. Dumai ada apa yg menarik ye? Saya berminat nak ke sana la dari Jeti Muar
salam..xde ape yg menarik sgt..cuma ada tmpt shoppg yg murah2 je...tp kne pndai tawar..nak menarik kene pg pekan baru...
Dumai mmng x de yg menarik.jln 1 hari dah boring.pekan baru walaupun bandar besar tapi boring jugak.cuma masakan minang tu blh tahan sedap la..
Dumai dan pekan baru cepat boring.x de yg menarik.cuma masakan minang tu kira blh laa
Dumai dan pekan baru cepat boring.x de yg menarik.cuma masakan minang tu kira blh laa
Sekilas pandangan walaupun sudah lama kenangan ini berlalu aku selaku yg terlibat sgt rindu dgn apa yg pernah aku lakukan disana malah aku berdoa agar kenangan itu xkan luput dari minda ku ini hingga ke akhirnya..
Sekilas pandangan walaupun sudah lama kenangan ini berlalu aku selaku yg terlibat sgt rindu dgn apa yg pernah aku lakukan disana malah aku berdoa agar kenangan itu xkan luput dari minda ku ini hingga ke akhirnya..
Perkongsian yang menarik...bermanfaat utk mereka yang merancang ke sana...
Post a Comment