Saturday, March 21, 2015

PENGORBANAN SELEPAS BERKAHWIN

SALAM.

Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan selepas bergelar suami dan isteri....kalau dulu pergi mana2 sentiasa dengan baba..tapi sekarang dah jarang sangat keluar dengan baba..dah jarang sangat ikut baba pergi mana2..why?? sebab dah suami..perlu ikut mana sahaja suami pergi..kadang2 suami izinkan untuk keluar bersama family, tapi hati ni x sampai hati nak tinggalkan dia sorang2...

then, pengorbanan yang kedua..aku ni kaki jalan2..tak boleh duduk rumah..beku otak. tapi now bila dah anak ni,dah tak boleh nak berjalan sangat..terutama bila anak tak sihat..sentiasa fikirkan keadaan dia dulu b4 keluar berjalan..kalau berjalan pun dah tak boleh nak balik lewat2 malam sbb fikirkan anak nak tidur..

pengorbanan yang ke 3, kurang dah masa bersama adik beradik..yg ni sometime so sad jugaklah..yelah,my sibling semuanya perempuan. of course lah rapat2..tapi bila dah kahwin ni dah kurang sikit masa dengan adik beradik..kadang2 dua minggu sekali baru jumpa..tu pun satu hari jer..kalo masa bujang dulu panjang masa boleh jumpa...

pengorbanan yang ke 4..ni sangat penting..waktu tidur..masa bujang aku lah kaki tidur..pantang ada masa,mesti tidur..now ada anak n suami ni jadi kurang pulak waktu tidur..kalo anak tak tidur,mata ni mmg tak boleh nak lelap,,anak tidur barulah boleh tidur...mula2 dulu stress jugak lah..tapi lame2 dah ok dah..mcm sekrg ni..my son tgh tidur, tp mama dia boleh sibuk pulak update blog..hihi...

ini lah dia dinamakan pengorbanan dalam berumah tangga..banyak lagi sebenarnye..tp nnt bosan pulak korang nak baca..ada yg tak nak kahwin pulak nanti..perkahwinan itu indah..kalau imam dan makmumnya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan betul,in shaa allah tiada masalah kepada masjid yg dibina...selamat pengantin baru bagi yang bakal mendirikan masjid :)

Tuesday, March 17, 2015

MY SON.....

Alhamdulillah...22 September 2014, tidak sampai setahun usia perkahwinan ku, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat comel..Muhammad Haziq Soleh Bin Mohd Hairwan namanya...yg bijak dan baik..semoga namamu seindah perilaku mu apabila kamu dewasa kelak, sayang...Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang mama dan baba hadapi sepanjang kamu berada di dalam perut mama..sehingga hendak melahirkan mu pun mama melalui saat2 yang paling sakit sehingga terasa nyawa berada di penghujungnya..Alhamdulillah, Allah memberi mama peluang untuk berada bersama-sama kamu sehingga kini. Mama dan baba berharap agar kamu menjadi seorang anak yg soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat..In Shaa Allah...nukilan ini khas untuk mu sayang..setelah sekian lama mama menyepi dari mencoret coretan hati ini......



Wednesday, February 11, 2015

Kerja Kerajaan vs Swasta

Setiap tahun universiti2 di malaysia menghasilkan beribu2 graduan dalam pelbagai bidang. setelah tamat belajar ada yang sambung belajar(i:emaster/PHD) dan kerja. Kerja pula ramai yang tertanya2 kerja sektor mana yang bagus, kerajaan??? atau swasta?? saya ingin berkongsi dengan semua kelebihan dan kekurangan kedua2 sektor. pokok pangkalnya hati kena ikhlas bila bekerja dan nawaitu semata2 kerana Allah swt. perbandingan ini saya ambil swata sektor kilang bukan oil n gas. kalau oil n gas gaji lagi berganda2...check it out....



Kerajaan     Swasta
Gaji Average fresh grad RM2200     Gaji Average fresh grad RM2500
Elaun rumah, perkhidmatan awam, COLA etc. up to RM1000 so total gaji +-RM3k     Company EURO takda elaun tapi company Asia ada lebih kurang Rm200/300 plus OT average gaji total +-2.7K(tak campur OT)
   
max 3 tahun proses pengesahan jawatan(confirm sah jawatan asalkan tiada kesalahan berat seperti jenayah/rasuah)      Biasanya 6 bulan pengesahan jawatan bergantung pada prestasi.
   
Kenaikan gaji tahunan lulusan ijazah RM225 tetap(prestasi tak dikira)     Kenaikan tahunan RM100-300 bergantung pada prestasi, kadang kala tiada kenaikan tahunan jika syarikat mengalami krisis kewangan dan ekonomi.
   
Kerja terjamin walaupun prestasi sangat teruk(worst case kena pindah tempat lain kalau ada masalah dalaman)     Kalau prestasi teruk kemungkinana kena buang kerja atau tiada kenaikan gaji
   
   
Kenaikan pangkat setiap 8 tahun walaupun prestasi teruk dan tak disukai ketua jabatan     Kenaikan pangkat paling cepat 1 tahun tapi biasanya 2-3 tahun.
   
   
Nak gaji naik tinggi sambung belajar     Nak kenaikan gaji yang tinggi adalah melompat dari com lain ke com lain, cara ini sangat laju gaji naik.
   
   
Bonus biasanya 1 bulan setahun     Biasanya 2-3 bulan tetapi ada com sekurang2nya 6 bulan setahun!! Wow
   
pinjaman bank sangat senang i:e personal loan, kereta, rumah dll pada interest yang sangat rendah.     bank: awak kerja swasta?? Nak buat loan gaji pokok sekurang2 RM2000.  Interest berganda dari orang kerja kerajaan. amek kau…terasa terhina plak bila buat urusan bank bila yg kerja swasta sebabnya kerja swasta tiada jaminan kekal(bergantung pada keadaan ekonomi)
   
   
Ada pencen(bulan2)+ duit berenti     Harap duit KWSP jela..pandai uruskan lama boleh guna tapi yang tak pandai beberapa bulan dah habis lepas tu makan pasir.huhu
   
   
Pemegang ijazah gaji mati  biasanya 10k     tiada had gaji, biasanya bila dah umur 50++ gaji dah 5 angka.              
   

Wednesday, February 4, 2015

Mari Kita Lompat....

Bila kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skip. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda fikirkan.

Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.

Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.

Memperbaiki dan Menguatkan

Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis. 





Tip Senaman

  • Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman
  • Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian
  • Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter
  • Sertakan muzik
  • Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat
  • Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan
  • Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula
  • Lakukan aktiviti regangan menyejukkan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku

TURUNKAN HARGA

Kami rakyat malaysia meminta pemborong dan peniaga menurunkan harga barang keperluaan harian seoerti gula, beras,minyak, tepung dan barangan keperluan harian lain seiring dengan penurunan harga minyak global. Anda jangan TAMAK.... Tak lupa juga kepada kerajaan yang amat dikasihi tolong turunkan tarif elektrik dan kos pengangkutan. Kerajaan perlu mulakan dulu untuk dijadikan contoh barulah peniaga atau pemborong punyai motovasi untuk turunkan harga barangan. Dulu bila harga minyak naik semua syarikat pengangkutan sibuk mendesak kerajaan naikkan harga atas alasan kos mereka meningkat dengan kenaikan harga minyak. Sekarang anda perlu jujur dan ikhlas disebalik penurunan harga minyak. TOLONG TURUNKAN HARGA BARANG!!!