Wednesday, March 13, 2013

LAGI PEJUANG NEGARA TERKORBAN DI LAHAD DATU..AL-FATIHAH..

SALAM...


Terkini Anggota Kedua Kita Terkorban!!!! 

Berita mula diterbitkan pada: Mac 12, 2013 20:44 (MYT)

Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

“Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.

Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.

“Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.

Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.

Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.

“Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.

sumber : Astro Awani 

Thursday, March 7, 2013

TERUSKAN PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

SALAM..



Aku bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia mempunyai anggota keselamatan yg sngt berani berjuang demi mempertahankan tanah air tercinta..walaupun banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka semua, tapi aku tetap berbangga dengan semangat perjuangan mereka..bagi mereka yang suka menabur fitnah dan memperlekehkan perjuangan mereka,cukup2 la tu..jgn hanya pandai berkata2, tetapi tidak berani berdiri di barisan hadapan seperti anggota keselamatan ini..sebagai rakyat Malaysia, aku mendoakan agar anggota keselamatan negara terus bersemangat berjuang mempertahankan kedaulatan negara ini. bagi keluarga anggota yg terkorban,aku ucapkan takziah..semoga Malaysia terus aman dan makmur..in shaa Allah..

Friday, March 1, 2013

MENCARI-CARI DESIGN JUBAH UNTUK HARI BAHAGIA...

SALAM...

semalam search kat google,mencari2 jubah untuk hari bahagia aku yang bakal tiba...bnyak jugak pilihan aku..smpai x tau nak pilih yg mana satu...kalau boleh aku nak jubah yg betul2 menutup aurat dan boleh dipadankan dgn tudung labuh yg akan aku pakai..tapi dh bnyk sgt pilihan jubah smpai x tau nak pilih yg mana..huhu...jom layan design2 ni...kalau ada cadangan,dialu2 kan :)