Wednesday, November 24, 2010

PERKEMBANGAN DIRI AKU....


SALAM

perkembangan diri aku skrg..........

  • Alhamdulillah sudah menamatkan pengajian di Institut Perguruan setelah berhempas pulas memerah otak dan keringat selama 5 tahun setengah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah.
  • Sedang bercuti di rumah.. nak habiskan masa sepuas2nye dengan family tersayang selain menjadi "driver" dan "bibik" yg berhemah.
  • Menunggu masa untuk dipostingkan..tak tau la kat mane kene cmpak ni..harap aku tak berjauhan dgn mama dan baba.
  • Secara fizikal..emmm..ada org cakp dah semakin "berkembang"..tapi aku tgk cermin biasa jer (nak sedapkan hati)..hehe
  • Perkembangan emosi agak stabil...cuma kdg2 ada jugak terganggu..tetapi boleh diatasi..
p/s : ni jela perkmbangn diri aku skrg...akan datg Wallahualam..:)

DAH LAME TAK MEREPEK.....

SALAM...

Rasenye dah lame gak tak merepek dlm blog ni..so, bila ada kesempatan ni rasa nak merpek bnyak2 kat dlm blog ni..tp xleh merapu sgt..nanti ada plak yg menyampah..

p/s : mood untuk merepek bnyak2 kat blog ni....hehe

Tuesday, November 2, 2010

MEMORI TERINDAH....





SALAM..

Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun setengah aku bergelar pelajar PISMP...banyak memori suka dan duka bersama rakan-rakan yg tak kan dapat aku lupa kan..terima kasih kawan2 yg telah bersama-sama mengharungi kisah suka dan duka..maafkan andai tersalah bicara, terguris hati, tersalah tingkah..mohon seribu kemaafan..

p/s : bila lagi la kita dpt berkumpul dan berjumpa satu kelas mcm ni....KENANGILAH SEGALA MEMORI TERINDAH....2005-2010......

Friday, October 22, 2010

AIR MATAKU MENGALIR LAGI.......



Engkau menguji aku sekali lagi ya ALLAH..sungguh berat ya Allah ujian yg Engkau berikan kepadaku..air mataku mengalir teringat akan dirinya..Engkau kurniakanla kesihatan yang baik kepadanya Ya Allah..Engkau panjangkanlah umurnya Ya Allah..Engkau berilah ujian yang mampu ditanggung oleh ku Ya Allah..Jika ini ditakdirkan untuk diriku, aku redha Ya Allah...aku redha...

Monday, October 11, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Ni sedikit gambarnya







Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Sumber:
Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.


Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.


Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.


"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.


Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.


"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.


"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.


Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.


"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Thursday, September 30, 2010

TUTUP AURAT SUDAH...


SALAM..

aku tak faham la org zmn sekrg ni..bila jamuan jer nak tetpkan tema..lagi sakit hati bila tetapkan tema warna..kat ip aku ni nak adakan jamuan..tema ETNIK MELAYU memg dah cantik dah..yang tak cntik nye bila tetapkan plak warna HITAM dgn MERAH..mane plak aku nak cekau baju hitam merah..hitam putih adala..merepek la benda ni sumer..aku tak kira..aku dh bayar..suka ati aku nak pkai baju wrna ape pun..korg xde hak nak tetpkan sume tu tuk aku..huh..

p/s : sepatutnya letak tema "MENUTUP AURAT"..bila dh dinner ni fhm2 jela..time tula nak tayang body..huh

Tuesday, September 28, 2010

TEKANAN MQA..

SALAM..

Minggu ni semua member kelas aku mengalami tekanan gara-gara nak MQA khamis dgn jumaat ni..mcm2 ragam aku tgk budk2 ni..ada yg mengamuk, marah2 x tentu pasal, ada yg hentak2 barang dpan aku..huhu..tak kisah la, lg pun bukan marah kat aku..tp aku yg tgk nye, aku plak yg jd stress..aku lagi la, nak menguruskan lectre punya fail yg tak siap2..besok last kene uruskan semua tu..harap2 siap la b4 MQA dtg..

p/s : untuk sahabat2 ku, xperlula nak mengamuk, hentak2 brg..masing2 jln kerja masg2..jgn kerana MQA, hubungan kawan terputus..kita dah sem last, maafkan la jika ada salah silap tu..ingatan tuk diri sendiri jugak :)

Monday, September 20, 2010

HARAPAN...

HARAP MAMA SEMAKIN SEMBUH DAN SIHAT LEPAS NI...CUKUPLAH PENDERITAAN YANG MAMA TANGGUNG..DERITA SUNGGUH..SEMOGA ALLAH MENYEMBUHKAN MAMA SEPERTI SEDIA KALA...AMIN...SAYANG MAMA :)

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...


SALAM...

Di kesempatan ini sebelum aku nak pulang cuti beraya kat kampung yang terlalu "moden"tu, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada keluargaku yang tercinta, sahabat2 ku yang disayangi dan semua umat Islam seluruh dunia..bersederhanalah dalam menyambut hari raya ini..yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya..ingatlah orang yang tersayang :)

Tuesday, August 31, 2010

LAICI LEMAK KHINZIR

LAICI BABI

بسم الله الرحمن الرحيم





KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati

http://www.halaljakim.gov.my/

Thursday, August 26, 2010

SELAMAT BERSARA CIKGU OTHMAN...

Tanggal 12 Ogos 2010 genap lah umur En Othman 56 tahun di mana beliau akan menamatkan kerjayanya sebagai seorang guru. Rasa hiba di hati apabila hilangnya seorang guru besar cemerlang di dalam dunia pendidikan.namun raut wajahnya puas kerana telah dapat menaburkan khidmat bakti yang cukup cemerlang kepada anak bangsanya sendiri..



sebelum berangkat ke SK Simpang Empat untuk diraikan



sempat bergambar bersama isteri tercinta Pn. Noor Ain



sedang berucap sempena persaraan beliau



bergambar bersama guru-guru dan staf SK Simpang Empat..sportg giler..



banyak nyer hadiah....bestnyer bila dpt banyak hadiah..



wah, bestnyer dpt hadiah..smpai cium2..maklumlah, ank2 yg bagi..mstilah sayangkan..hehe



dapt minyak wangi tu...nak bau sikit..

SELAMAT BERSARA BABA


SALAM RAMADHAN


Rasenye belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua umat islam seluruh dunia..semoga ramadhan kali ini lebih diberkati oleh Allah SWT.. InsyaAllah :)

Wednesday, August 4, 2010

CERITALAH PADA SALURAN YG BETUL..

SALAM...

entry kali ni pasal masalah...

setiap org mesti ada masalah kan....kadang2 kita pendam, kadg2 kita nak citer kat org..stp org lain cara..

tapi kalau citer masalah kat orang yg salah akan huru haralah jadinya...

ni mukadimah jer...



aku nak pesan la kat perempuan2 kat luar sane yg ada masalah tu...

tolonglah cari saluran yang betul tuk citerkan masalah korang...jgnla cari


SUAMI ORANG ATAU PUN KEKASIH ORANG
yang langsung xde kepakarn dlm menyelesaikan masalah..


benda ni semua boleh memecahbelahkan sesuatu hubungan...

jgnla hancurkan hati kaum sendiri...

fikir2kan kalo ianya berlaku kat batang hidung korang sendiri...

p/s : untuk sahabatku maria, setiap yg berlaku pasti ada hikmah...mgkin dia bukan yg terbaik untuk kau..bnyakkan bersabar dan berdoa :)

Tuesday, August 3, 2010

BENARKAH DIA MILIK KU??


SALAM...

Benarkah apa yang kita miliki skrg ni adalah milik kita?? kekal kah ia sebagai milik kita...

jawapannya TAK..

semuanya bukan milik kita, tapi milik ALLAH SWT..,
Tak semestinya apa yang kita hajati akan dpat kita miliki


dan


tak semestinya apa yang kita miliki akan terus menjadi milik kita.. pokok pangkalnya berbalik di sini...


PERCAYALAH PADA QADA' DAN QADAR ALLAH...semuanya telah ditentukan oleh Allah..

KITA HANYA MAMPU MERANCANG, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA...

Monday, August 2, 2010

KENAPA AKU MARAH SANGAT2??


KENAPA AKU MARAH SANGAT2??
Sebab praktikum kali ni aku dapat guru pembimbing yang x berguna. langsung xde bimbingan..huh

KENAPA AKU MARAH SANGAT2??
Sebab guru pembimbing aku tikam aku dari belakang. Dia buruk2 kan aku dengan kawan2 praktikum aku yg lain..

KENAPA AKU MARAH SANGAT2??
Sebab guru pembimbing aku ni bdget bagus. Dah bdget diri tu cemerlang sangat. pada hal HAMPEH!!!!

KENAPA AKU MARAH SANGAT??
Sebab pada awalnye pihak sekolah hanya nk dgr dari satu pihak trutama sekali GPK 1..bila aku dah stat ckp "cikgu, boleh tak dgr dari dua2 belah pihak"..barula terhegeh2 nak dgr.

KENAPA AKU MARAH SANGAT2??
Sebab GPK 1 ckp aku dgn kawan2 aku x layak jadi cikgu..sape kau nak menilai aku layak ke tak layak..cikgu sekolah kau tu yg tak layak merangkap cikgu pembimbing aku. dah la tak tgk projek yang kitorang wat, lepas tu tiba2 nak nilai.

KENAPA AKU MARAH SANGAT2??
Ada segelintir cikgu kat sekolah tu sombong nk mampus. lepas tu ckplah kitorg yg tak pndai nk berkomunikasi..ko tu yg berlagak gila nak mampus. bagi salam x jwb, senyum macm senyum dgn tembok.

p/s : Aku harap ko terimala balasan atas apa perbuatan ko DIANA..ko tak amanah dan jujur dalam menjalankan tanggunggjwb ko sebagai seorg guru pembimbing. Kau sememangnye tak layak menjadi seorg guru sebab hati ko hitam, penuh dgn hasad dengki dan kau terlalu busuk hati.

Friday, July 30, 2010

MASA KECIK-KECIK KAN.....

Masa kita kecik2 kan.....
suka sangat merayau pergi rumah orang..siap suruh sorang nenek ni (nek ngah) buatkan air milo untuk kita..huhu

Masa kita kecik2 kan...
kita suka buat orang lain marah sebab kita..xpecially angah...sebab kita pernah rosakkan pen baba n angah yang kene marah..haha

Masa kita kecik2 kan...
kita suka main "mak2", main "jual2", main "bos2" dengan adik kita yg sekrg dah pun 19 tahun..huhu

Masa kita kecik2 kan....
Kita pernah kene cili kat mulut dgn mama kita...sebb mulut kita jahat..huhu

Masa kita kecik2 kan...
Baba pernah kejar saya keliling meja sebab kita cakap benda x elok...he

Masa kita kecik2 kan...
habis barang make-up mama kita, kita kerjakan..bila dah besar malas nak make-up...huhu

Masa kita kecik2 kan...
Kita sangat kedekut..tapi skrg x lagi..kecuali bantal bucuk je kita x bg org pinjam...hehe

Masa kita kecik2 kan...
Baba kita garang sangat2...tapi skrg tak lagi..maklumla nak pencen dah...

seronoknya masa kita kecik2..rasa nak jd budak kecik lagi..tu sebab skrg bakal jd cikgu pra, sebab nak sgt jadi budk kecik balik...hehe

GUD BYE SKBA...............







SALAM...

Tomorrow is my last day at SK Bandar Anggerik, Shah Alam..lots of memory..sad, happy...evrythg was there..thanks to all my lovely children specially preschool children...i luv u all..mmmuuuaaaaahhhhhh10000x :)