Showing posts with label info terkini. Show all posts
Showing posts with label info terkini. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

LAGI PEJUANG NEGARA TERKORBAN DI LAHAD DATU..AL-FATIHAH..

SALAM...


Terkini Anggota Kedua Kita Terkorban!!!! 

Berita mula diterbitkan pada: Mac 12, 2013 20:44 (MYT)

Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

“Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.

Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.

“Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.

Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.

Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.

“Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.

sumber : Astro Awani 

Monday, January 14, 2013

SUKA2..SITI DAH BERTUDUNG LITUP..ALHAMDULILLAH :)

SALAM...




Akhirnya,terbukak jugak hati si siti ni nak bertudung penuh..dah x nampak jambul dah kat depan..suka sgt..sebb aku ni mmg dari dulu peminat siti..sampaikan aku kumpul gambar2 dia jadikan folio..masa budk2 lagilah..skrg jgn haraplah nak kumpul..nak baca majalah pun dh malas..huhu...barulah nampak molek kak siti kita ni..nampak muda je..kalo dia pkai tudg nmpak jambul tu dh mcm umur 40-an..tp bila pakai tudg x nmpak jambul ni nmpak mcm 20-an..ape2 pun tahniah Dato' Siti sbb telah memulakan langkah untuk menutup aurat dgn smpurna...alhamdulillah..

p/s : berubahlah ke arah kebaikan sebelum semuanya terlambat :)

Tuesday, February 14, 2012

AYAT INDAH DI "HARI KEKASIH"....

SALAM....

"Hari ni berapa hb ek???? eh, hari ni kan hari kekasih...korang dah wish kat pakwe korang?? pakwe korang bg hadiah ape ek?? cantik x, mahal x?? korg buat ape mlm ni???x dating ker??? x bestla x dating time hari2 best mcm ni..mlm ni la ko nak buktikan cinta korang kat pakwe korang tu"..

DUSH!!!!!!!!...terbuktilah sudah cinta korang yg sgt2 mendalam la kononnye..hilang sudah mahkota yg dijaga selama ini hanya untuk lelaki yang masih belum pasti boleh digelar SUAMI..


"ayat di atas tiada kena mengena dgn orang yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia"


Friday, October 14, 2011

WANITA DALAM ISLAM.....





SALAM...

Aku ni bukan la penggemar beli buku..jauh sekali nk baca..tp aku tak taula nape aku tertarik dgn buku ni..tebal plak tu..selalunye kalo org2 jual2 buku ni aku mls nak layan....awl2 aku dh ckp x nak..buku ni mengandungi soal jwb dan kemusykilan tentang wanita...that y aku tertarik kot...harga x yah nak ckp lah..lepas aku beli baju 5 pasang...huhu...anyway, aku ada dua bnda yg aku tak berkira bab duit...satu makan, dan satu lagi tentang ilmu...mgkin aku rase ilmu aku masih cetek lg that y terkenan nk beli buku yang sngt2 tebal ni....

p/s : manusia takkan dapat mengubah nasibnya sndiri kalo dia sndiri x nak berusaha dan berdoa kepada yang Esa...

Tuesday, October 11, 2011

TRANSFORMASI LAPTOP LAH PULAK.....

SALAM....

From COMPAQ F700 (2008) to LENOVO S100 (2011)........


COMPAQ DLM KENANGAN.....





LENOVO HARUS TERUSKAN PERJUANGAN.....

Wednesday, September 28, 2011

PANGGILAN HAJI....


SALAM....

Tanggal 4 Oktober 2011,baba akan berlepas ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima...baba akan tinggalkan aku dan adik beradik selama 1 bulan setengah...semoga baba selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air untuk kembali bersama-sama anak2 yg tersayang...dan semoga baba mendapt haji yang mabrur....InsyaAllah...

yanah sntiasa doakan baba selamat di sana....

Monday, August 15, 2011

ALHAMDULILLAH...BONUS DAH MASUK :)

SALAM....

Alhamdulillah..pertama kali dapat bonus setelah berkhidmat selama lebih kurang 7 bulan..hari ni dah masuk...syukur ke hadrat Mu Ya Allah..semua ini adalah rezeki dari Mu...

hai, menadah tangan la adik2 aku ni..tak lupa jugak tuk my lovely Bulat :)

Friday, August 12, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BABA :)

SALAM...

Hari ini genaplah umur baba 57 tahun...SELAMAT HARI LAHIR BABA..semoga baba panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah serta bahagia di samping anak-anak baba yang comel2 belaka ni..semoga baba tabah hadapi segala ujian Allah..

yanah sayang baba :)

Tuesday, August 9, 2011

BONUS!!!!!

SALAM...

Alhamdulillah,semalam dpt berita gembira..KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS SETENGAH BULAN GAJI....tp yang jd tanda tanya dlm kepala otak aku ni kakitangan yang belum sah jawatan mcm aku ni dpt jugak ker??? harap2la dapat..tak dpt penuh,setengah pun jadilah..kira aku ni dah berkhidmat jugak ape tuk kerajaan...huhu

Thursday, July 28, 2011

HARIMAU MALAYA TETAP MENGAUMMM!!!!

SALAM...

Walaupun pasukan Malaysia tidak berjaya mara ke peringkat seterusnye, tp aku tetap berbangga dgn pasukan Malaysia...nak tau kenapa aku bangga?? sebab....

Malaysia tak pakai pemain IMPORT...still menurunkan pemain2 anak jati warganegara MALAYSIA...bukan pakai negara org lain punya pemain..cayalah MALAYSIA...

lepas ni fokus tuk kelayakan OLIMPIK plak...

AUMMMMMM!!!!

MALAYSIA VS SINGAPORE

vs




SALAM..

Siapakah yg akan berjaya mara ke peringkat seterusnya...

MALAYSIA atau SINGAPURA???

same2la kita nantikan malam ini...

semoga MALAYSIA berjaya mara ke peringkat seterusnya...

HIDUP HARIMAU MALAYA!!!!!!

Tuesday, July 19, 2011

BLOG SI CIKGU GUMMY....

SALAM...

Untuk pengetahuan semua, Si Gummy Bear ni telah membuat satu lagi blog iaitu BLOG SI CIKGU GUMMY....(http://cikgu-gummy.blogspot.com)...blog terbaru ni berkisarkan tentang aktiviti sepanjang saya menjadi seorang guru prasekolah....semoga kita sama-sama dpt berkongsi ilmu dan bertukar2 pendapat yer :)

Wednesday, April 20, 2011

SAYA DAH BERGELAR MAMA LANG... :)


ni baby nyer....comel kan??


ni baba nyer..handsome kan?? (handsome ker??)..huhu


ni mama nyer...tembam kan??? huhu
SALAM..

Alhamdulillah, tanggal 20 April 2011 angah dah selamat melahirkan baby dia yg sulung...angah dapat baby girl..berat baby dia 4.1kg..semangat kan??? macm mama dia jgak masa baby dulu..huhu..

tahniah tuk angah dan abg ngah..tahniah tuk baba yg dah brgelar tok cha..tahniah tuk ank2 baba jugak sebb dah bergelar aunty..huhu..

Tahniah jugak untuk arwah mama yang dah bergelar nek in..walaupun mama x smpt tgk cucu mama dgn kami, tapi yanah yakin mama gembira dan dpt tgk cucu mama ni dr "jauh"...semoga Allah cucuri rahmat atas roh mama...ameen...

p/s : hidung dia ikut mama lang..tu la ejek lagi hidung yanah, kan dah terkenan..huhu...

Wednesday, November 24, 2010

PERKEMBANGAN DIRI AKU....


SALAM

perkembangan diri aku skrg..........

  • Alhamdulillah sudah menamatkan pengajian di Institut Perguruan setelah berhempas pulas memerah otak dan keringat selama 5 tahun setengah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah.
  • Sedang bercuti di rumah.. nak habiskan masa sepuas2nye dengan family tersayang selain menjadi "driver" dan "bibik" yg berhemah.
  • Menunggu masa untuk dipostingkan..tak tau la kat mane kene cmpak ni..harap aku tak berjauhan dgn mama dan baba.
  • Secara fizikal..emmm..ada org cakp dah semakin "berkembang"..tapi aku tgk cermin biasa jer (nak sedapkan hati)..hehe
  • Perkembangan emosi agak stabil...cuma kdg2 ada jugak terganggu..tetapi boleh diatasi..
p/s : ni jela perkmbangn diri aku skrg...akan datg Wallahualam..:)

Monday, October 11, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Ni sedikit gambarnya







Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Sumber:
Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.


Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.


Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.


"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.


Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.


"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.


"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.


Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.


"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Tuesday, August 31, 2010

LAICI LEMAK KHINZIR

LAICI BABI

بسم الله الرحمن الرحيم





KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati

http://www.halaljakim.gov.my/

Friday, May 14, 2010

TRANSFORMASI HP LAGI :(


SALAM..

Waaaaaaa..hp pink aku rosak lagi..asyik rosak jer..ari tu baru repair..dah la mahal.kene rm150..ni tambah lagi dgn kamera tak leh pakai, lagi aku angin..aku pg kedai tanya boleh repair tak? ada ke patut cakap hp aku ni stok lame..ceh, aku punya la sayang kat hp ni, sdp2 ckp stok lama..so, skrg aku terpaksa la pakai hp yang biasa jer..xde kamera, xde MP3..hanya ada radio sahaja..huhu..jadila, asalkan boleh tepon,boleh msg..tu yg paling penting...hehehe

p/s : beli hp sama dgn mama..sebijik sejibon..huhu :)

Wednesday, January 20, 2010

WAAAA..TRANSFORMER DATANG!!!!!



SALAM..

Kuala Lumpur : IP digemparkan dengan kehadiran Transformer. Transformer ini dikenali sebagai "Piling" yang telah menyebabkan satu IP terasa gegarannya. Kehadiran "Piling" ini dijangka akan mengganggu ketenteraman pelajar IP yang sedang menuntut kerana saiznya yang sangat besar serta menghasilkan gegaran yang sangat kuat. Pelajar IP diminta untuk berjaga-jaga dengan "Piling" ini kerana mereka boleh berubah bentuk bila-bila masa sahaja..

Berita disampaikan oleh Nor Ilyanah :)