Wednesday, July 10, 2013

RINDU RAMADHAN BERTANDANG LAGI..

salam...

alhamdulillah..berlalu sudah 1 ramadhan..tatkala ramadhan menjelma,hati sayu mengenangkan arwah mama..rndu sentiasa bertandang dihati tatkala ramadhan menjelma..teringatkan senyuman mama menyambut aku tika pulang dr maktab.teringatkan masakan mama yg sntiasa memasak makanan kegemaran aku..air mata ini laju mengalir jika rndu itu menjengah hati ini...allah itu maha penyayang..tika rndu ini terlalu kuat, Dia hadrkan mama dlm tidurku..aku bersyukur sgt2 dpt berjumpa dgn mama walaupun hanya seketika..mama..yanah doakn mama sntiasa bahagia dan tenang di sana..mama tunggu yanah ek.

yanah sayang dan rindu mama sgt2..al-fatihah...

Wednesday, March 13, 2013

LAGI PEJUANG NEGARA TERKORBAN DI LAHAD DATU..AL-FATIHAH..

SALAM...


Terkini Anggota Kedua Kita Terkorban!!!! 

Berita mula diterbitkan pada: Mac 12, 2013 20:44 (MYT)

Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

“Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.

Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.

“Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.

Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.

Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.

“Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.

sumber : Astro Awani 

Thursday, March 7, 2013

TERUSKAN PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

SALAM..



Aku bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia mempunyai anggota keselamatan yg sngt berani berjuang demi mempertahankan tanah air tercinta..walaupun banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka semua, tapi aku tetap berbangga dengan semangat perjuangan mereka..bagi mereka yang suka menabur fitnah dan memperlekehkan perjuangan mereka,cukup2 la tu..jgn hanya pandai berkata2, tetapi tidak berani berdiri di barisan hadapan seperti anggota keselamatan ini..sebagai rakyat Malaysia, aku mendoakan agar anggota keselamatan negara terus bersemangat berjuang mempertahankan kedaulatan negara ini. bagi keluarga anggota yg terkorban,aku ucapkan takziah..semoga Malaysia terus aman dan makmur..in shaa Allah..

Friday, March 1, 2013

MENCARI-CARI DESIGN JUBAH UNTUK HARI BAHAGIA...

SALAM...

semalam search kat google,mencari2 jubah untuk hari bahagia aku yang bakal tiba...bnyak jugak pilihan aku..smpai x tau nak pilih yg mana satu...kalau boleh aku nak jubah yg betul2 menutup aurat dan boleh dipadankan dgn tudung labuh yg akan aku pakai..tapi dh bnyk sgt pilihan jubah smpai x tau nak pilih yg mana..huhu...jom layan design2 ni...kalau ada cadangan,dialu2 kan :)










Saturday, February 23, 2013

SEMOGA AKU DAN DIA TERUS TABAH

SALAM...


Betullah ape yg org ckp, makin dekat kita dgn hari bahagia,makin banyak dugaan yg dtg kat kita..walaupun bnda tu bukan berlaku kat diri aku ,tp cukuplah untuk memberi pengajaran yg sgt bermakna dlm hdup aku..dlm proses pertunangn ni, bnyak tragedi2 yg x diduga berlaku..kdg2 membuat kan diri aku rasa takut bila tgk pengalaman org lain yg sdg dlm proses pertunangan...ada yg sehari seblum berkahwin,perkahwinan dibatalkan, ada yg terpksa memutuskan ikatan pertunangan kerana tidak sefahaman lgi..semua peristiwa ni buatkan aku rasa takut..En tunang selalu berpesan supaya kita sama2 pandai jaga diri, jgn memalukan keluarga dan diri kita..banyakkan berdoa supaya allah pertemukan dan memanjangkan jodoh kita dan jgn selalu fikir yg negatif...semoga aku dan dia terus tabah dlm mengharungi pelbagai dugaan hidup ini..insyaAllah...

Friday, February 22, 2013

SEGMEN: FOLLOW SAMBIL TUTUP MATA BY LIA ABDILLAH

salam...


Tgh2 blogwalkg,tiba2 ternmpak segmen ni...jom join segmen ni untuk tambah kan followers....klik SINI ye nak tau lebih lanjut.. :)

Thursday, February 21, 2013

Briged al Qassam – Generasi muda perindu syahid…


salam...
Al-Qassam...siapa mereka ni?? aku tertanya2...masa tgh makan ikan bakar dgn family kat kuala sg baru, aku terpndang kaca televisyen mengeluarkan siaran tntang al-qassam ni..satu family bercerita pasal diorang ni..aku tertanya2 siapa mereka ni?? aku tnya baba,tapi baba suruh aku search internet..baca pasal diorang ni..so, hari ni aku teringat kat diorang terus aku cari pasal al-qassam ni...jom baca pasal mereka...aku copy dr blog Dr Zainur Rashid Zainuddin supaya sahabat2 semua tahu siapa mereka ini...



Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.


Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.


Objektif penubuhan al Qassam

Objektif  utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun.  Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah                                                                                                                  4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid



Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.


Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai  kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih

Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassal menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.


Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

MK-8 AP ke Gaza, 16hb April 2012







PENULIS YANG TIDAK BERTAMADUN..

SALAM...


tengah syok2 aku bukak fb,tiba2 aku ternampak bnda ni..bila baca..PERGHHHHHH!!!! Menyirap darah aku...agak2 sapa ek yg xde tamadun tulis bnda alah ni?? kalau berani sgt letaklah no phone tu..dasar PENAKUT..aku tak taulah samada mak ayah atau anak2 sndiri yg tulis bnda alah ni...helloo...kalau tak nak diri atau anak2 korang kene denda bila x siap kerja rumah, tak payahlah hantar anak pergi sekolah..belajar sendiri kat rumah..tak payah nak menyusahkan cikgu kat sekolah...ni semua cakap x nak pakai otak..Tuhan bg akal tu fikirlah..jgn letak bawah tapak kaki..

marah?? ye..memang aku marah..aku sebg pendidik rasa tercabar bila ada yg tulis mcm ni kat paper..korang ingat senang ke nak jd pendidik ni?? bila anak2 x pandai,mak ayah sibuk cakap cikgu x pandai nak ajar..tapi bila kami jalankan tanggungjawab kami dgn penuh ikhlas, mcm ni pulak jadinye...jgn cabar profesion perguruan ok..kami ada maruah dan harga diri..semoga Allah bg lah hidayah kat penulis yg tak bertamadun ni.. 

Thursday, February 14, 2013

KENANGAN ITU MUNCUL KEMBALI...

SALAM...

Kenangan itu muncul kembali...
Di saat aku melemparkan pandanganku di tabir senja...
Ia muncul kembali...
Terbayang susuk tubuh bonda tercinta menyapu halaman rumah..
Terbayang senyum bonda yg manis senyum ke arahku..
Terdengar suara bonda yang lunak menyapa ku...
Ya Allah....
Aku terlalu rindu akan bondaku...
Air mata ini tidak dapat kubendung lagi...
Hanya satu yg ku pinta...
Agar bondaku tenang di 'sana' bersama insan2 yg beriman....

al-fatihah....

Monday, February 4, 2013

SEGMEN REVIEW BLOG BY KECIK

SALAM..


hai..keje aku ni lah dia..asyik join segmen jer...jom kita ramai2 join segmen ni..manelah tau blog korang kene review dgn tuan rumah ni...nak tau lebih lanjut klik kat SINI ye..selamat bersegmen :)

Friday, February 1, 2013

SEGMEN : SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME

SALAM..


Hai, hari ni terasa nak join segmen lagi..tgh2 blogwalking,tiba2 terjumpa segmen..jom kita join ramai2 tuk tambahkan follower korang n untuk berkenal2 kenalan dgn blogger yg lain..sambil kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta saling bertukar2 fikiran..nak tau lebih lanjut klik kat SINI ye..selamat bersegmen :)

Monday, January 28, 2013

WARKAH UNTUK AWAK...

SALAM...

Setiap kali saya berduka,awk lah yg sntiasa menghiburkan saya...
Setiap kali saya gembira, awklah yg mengingatkan saya supaya tidak terlalu gmbira..
Setiap kali saya ditimpa masalah, awklah yg sntiasa menjadi pendengar setia mendengar bebelan saya...
Setiap kali saya resah, awklah antara insan yg paling risaukan saya...
Setiap kali saya berdiam diri, awklah insan yg paling resah memikirkan saya...
Setiap kali saya marah, awklah yg sntiasa menitipkan kesabaran dlm diri saya..
Setiap kali saya susah, awklah yg sntiasa ada disamping saya..
Setiap kali saya alpa, awklah yg sentiasa mengingatkan saya...
Setiap kali saya tersasar, awklah yg sntiasa membimbing saya ke jalan yg diredhai oleh Allah...
ye..awaklah yg bakal menjadi imam saya satu hari nanti..insyaAllah...

awk,warkah ini khas saya tujukan untuk awk..nanti awk baca tau...

saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kat awak...semoga awak panjang umur untuk lebih beribadah kepadaNya, dimurahkan rezeki..semoga segala impian awk tercapai..dan menjadi imam saya yg dapat membimbing saya ke jalan Allah..insyaAllah..Semoga kita sentiasa di dalam redha Ilahi :)

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM..

salam Mualidur Rasul untuk semua umat Islam di seluruh dunia..marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W..Sesungguhnya kami amat merinduimu wahai Muhammad...ingin sekali kami menatap wajahmu..amanatmu, wasiatmu untuk kami tidak akan kami lupakan...insyaALLAH..

Wednesday, January 23, 2013

SEGMEN : JADIKAN FOLLOWER OVERLOAD

SALAM...



hai semua..jom join segmen lagi untuk tambahkan followers korang smpai terover2 load..hehe..klik kat gambar tu ye :)

Tuesday, January 22, 2013

BARANG HANTARAN YG BERJENAMA SEKADAR TREND ATAU INGIN MENUNJUK???

SALAM..


Sekarang ni dah jadi satu trend ek brg2 hantaran cari yg berjenama dan mahal2..yg hrganya sampai beratus2 ringgit..org kata kawin ni sekali seumur hidup..brg2 msti pilih yg mahal2 dan berjenama...untuk ape sume tu?? nak menunjuk kat org ke yg brg2 kita ni bukan brg2 cikai..bg aku cukuplah sekadar bersederhana..x payahlah smpai  nak membazir..membazir tu kan amalan syaitan...kalau la teringin sgt nak pakai brg yg berjenama dan mahal2 belaka, dh kawin nanti beli lah sndiri..tak pun mintaklah pasangan masing2 belikan..x yahlah time nak menikah,time tu lah nak bg brg2 yg smpai 5, 6 ratus hrganye...semua tu boleh menimbulkan fitnah..dalam Islam sendiri meminta kita sntiasa bersederhana...jgn terlalu riak atau takbur...cukuplah sekadar yg kita mampu...

Monday, January 21, 2013

"Segmen Bloglist Syaifuddin Alias"

SALAM...



aku join segmen lagi..hehe..saje nak kenal2 dgn blogger yg lain...jom layan segmen ni...nak tau lebih lanjut, klik kat SINI

Sunday, January 20, 2013

AKU CEMBURU...MAMA :(

SALAM..


jumaat, 5.30 ptg kat dlm train..aku terpandang seorg budk lelaki sdg tido atas pangku ibunya...seyes,air mataku tiba2 mengalir melihat situasi itu...aku cemburu sgt dgn bdk tu..aku teringatlkan arwah mama...aku akan jd cemburu bila....

aku cemburu sgt bila tgk anak keluar jalan2 dgn ibu mereka...
aku cemburu sgt bila dgr perbualan anak dgn ibu...
aku cemburu sgt bila ank belikan macm2 untuk ibu dia..
aku cmburu sgt bila tgk anak bermanja2 dgn ibu dia..
aku cemburu...cemburu sgt2....

xpelah..ini sudah tertulis untuk aku...aku harus tabah hadapi segala ujian dari Allah..ini dah bahagian aku..aku redha..semoga aku dapat berjumpa dgn mama satu hari nanti dan akan dpt bermanja dgn mama buat selama2nya..insyaAllah...

CIAN + SEDIH :(

SALAM...

huhu..smpai2 je kat rumah sewa,tgk lantai bilik dah basah...sedih je tgk..atap bilik bocor rupanya..terus ambk baldi kecil terus tadah...ada hikmahnya dpt baldi ni..huhu...rumah sewa ni agak usanglah jugak..dh bnyk lubang sane,lubang sini...smpai air pun dh msuk dlm rumah sbb hujn lebat...tp aku tetap bersyukur..at least,ada bkalan air,bekalan eletrik...baru je setitik dua air yg bocor..mcm mane lah ek org fakir miskin yg xde rumah, ada rumah pun x mcm rumah..xde air,xde letrik...msti lagi sedih,lagi kesian....semoga aku sntiasa menjadi hamba yg sentiasa bersyukur...ameen..

Friday, January 18, 2013

KENAPA AKU SELALU BALIK KAMPUNG???

SALAM...

kenapa aku selalu balik kg??..soalan ni perlu aku jawab dgn telus setelus telusnya...aku mmg suka balik kg..kdg2 smpai tiap2 minggu aku berulang dr kota tinggi ke melaka..penat??? tak..xde istilah penat pun bila aku balik kg...kdg2 aku naik tren,kdg2 aku drive sorg2 selama 3 jam setengah..sebab ape?? sebab aku seronok dpt jumpa family aku.seronok dpt jumpa baba, adik n along kat rumah...kalau semua ada lg seronok...

aku hanya ada baba je sorg tempat aku bermnja...lepas mama dh xde,aku dgn adk beradk yg lain jaga makan minum baba...aku sedih bila baba dgn adik je yg tinggal kat rumah time kitorg keje..sedih bila dgr baba kene masak sndiri,uruskan makan minum sndiri..org yg x merasa kehilangan ibu takkan faham...ye,mmg mampu bersimpati,tapi untuk faham tidak sma sekali...aku nak jaga baba smentara dia ada..aku nk jd ank yg solehah tuk baba...aku nak kedua ibu bapa aku masuk syurga...

aku paling pantang dan x suka bila org mempertikaikan kenapa aku balik tiap2 minggu...itu hak aku..aku ada tanggungjawab aku..korang tak nak balik, itu korang punya pasal..korg x nak jenguk mak ayah korang,itu hal korang..aku ada baba yg perlu aku jaga makan dan minumnya..so,jgn pertikaikan kenapa aku perlu balik tiap2 minggu...

p/s : duit takkan pernah habis kalau balik kg tiap2 minggu...rezeki sntiasa ada allah bg :)

Thursday, January 17, 2013

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWERS SEBANYAK YANG MAMPU


SALAM..


Jom layan segmen ni...kita kenal2...nak tau lebih lanjut,klik SINI

LISTEN!!!!

SALAM...

heboh kat tenet pasal listen!! ni..aku baru tgk isu ni kat you tube mlm td..si Bawani ni bermati-matian mempersoalkan kenapa malaysia x beri pendidikan percuma kepada student..yg si syarifah ni pulak tidak memberi peluang kepada student ni untuk menghabiskan pertanyaannya...

ni pulak pendapat aku..bg aku budk2 skrg ni dh pandai demand..dah pandai mintak itu dan ini..dah bg betis nak mntak peha la pulak..yes,peredaran zaman tlh mengajar mereka mnjadi mcm ni..cuba korg pk..kalau diberikan pendidikan percuma kepada mereka, mampukah mereka memotivasikan diri mereka tuk belajar bersungguh2?? sah2 bila bnda dah bg free, ada korg nak jaga baik2?? ada korg pk nak belajar sungguh2? msti korg akan ckp "ala,belajar free,wat ape nak dpt result baik"..betul x?? sedangkan duit pinjaman PTPTN yg diberikan mereka gunakan tuk benda yg tak berfaedah,ni kan pulak duit mak ayah bg tuk belanja..lg mcm2 yg mereka gunakan tuk bnda lain..mak ayah skrg x same mcm mak ayah dulu2..mak ayah skrg lebih berfikiran terbuka dan biarkan anak2 wat keputusan sendri untuk diri mereka sehingga mereka x tau nak bezakan yg baik ataupun yg buruk..sebelum mintak bnda yg bukan2,tanya diri sndiri..kalau diberikan pendidikan percuma korg boleh jamin yg korang boleh motivasikan diri tu tuk belajar bersungguh2?? 

yg si syarifah ni pulak sepatutnya memberi peluang kepada si bawani ni habis mengemukakan soalan..dgr smpai habis..ni x, pegi masukkan isu haiwan yg xde kene mengena dgn soalan..sepatutnya dgr dan jawab soalan dia dgn penuh berhemah..bagi dia faham betul2 smpai dia puas hati..barulah isu ni x timbul..

kita diberikan akal oleh ALLAH tuk berfikir..jdi,berfikirlah dahulu sebelum kita mengemukakan soalan dan jawapan...

p/s : ini hanyalah pendapat aku shaja..kalau ada yg masih x berpuas hati harap maaf..

Tuesday, January 15, 2013

PEREMPUAN MESTI BELAJAR MARTIAL ART..

SALAM...


malam ni nak kongsi dgn korg sume pasal martial art atau pun seni mempertahankan diri...ada bnyk martial art kat malaysia ni..ada taekwando, karate, silat, judo, dan bnyk lagi...aku suka nak ckp pasal ni sebab aku dulu pernah belajr taekwando dr form 2 sampai form 5...tapi x smpai black belt pun..smpai blue belt je..tapi yg paling sronok dan yg aku x pernah lupa smpai bila2,aku pernah dpt naib johan dlm sukan melaka n MSSM dlm kategori bantom weight...alhamdulillah..

tujuan aku belajar martial art ni bukan suka2..tapi bersebab..aku ni orgnye agak penakut..baba selalu ckp aku ni lembik je..bila aku ckp kat baba yg aku nk belajar taekwando,baba dgn arwah mama terus setuju..lagi pun aku ni mmg suka tgk aksi2 lasak,aksi lawan2 kat tv..huhu..sejak dari itu aku terus minat dgn taekwando..aku seyes dlm bidang ni..aku belajar sungguh2 supaya aku dpt kuasai stiap langkah dlm taekwando..setiap ptg aku latih dekat rumah...baba dgn mama sntiasa bg sokongan...sampailah aku dpt wakil sekolah...

bagi aku org perempuan msti belajar martial art ni untuk lindungi diri kita...maklumlah,skrg ni bnyk jenayah2 yg melibatkan kaum hawa..ada rogol la,ragut la, bunuhla..ish..menakutkan..mmg ajal maut di tangan Allah..tapi kita kene berusaha melindungi diri kita dari jenayah yg semakin berleluasa...

P/S : jgn sangka wanita yg lemah lembut dan bertudung litup tidak tahu martial art tau..huhu

SIAPA BAPA MEREKA????

SALAM...


entry kali ni aku nak mengupas sedikit tentang kelahiran ank2 yg "tidak berbapa"...bukan anak yatim,tapi aku rasa korang faham2 sendiri lah..aku x smpai hati nak sebut..kasihan aku melihat kanak-kanak ini..aku sendiri berpengalaman mengajar mereka..wajah mereka ceria seperti kanak-kanak lain..tidak ada cacat celanya..wajah mereka begitu suci..hari2 aku melihat wajah mereka...yes,mmg mereka tidak tahu ape2 tntang latar belakang diri mereka..mereka tak mengerti ape2 tentang siapa bapa mereka..tapi aku selalu terfikir,bila mereka besar nant mesti mereka akan tertanya2,kenapa aku ber bin kan Abdullah?? sedangkan aku ada bapa. tapi nape nama aku tidak berbinkan nama bapa aku sendiri??? ape yg jawapan yang patut diberikan oleh si ibu?? semua persoalan itu selalu bermain dalam fikiran aku...aku kasihankan mereka..mesti mereka akan berasa malu jika mereka sudah tahu status diri mereka yang sebenar bila mereka dewasa kelak..

kanak-kanak yang "tidak berbapa" ini semakin ramai dilahirkan di dunia..siapa kah yg harus dipersalahkan dalam hal ini?? ibu bapa atau anak itu sendiri??? persoalan yg sukar diberi jawapan...bagi aku, ibu bapa harus tegas dalam hal seperti ini...kawal lah pergerakan anak2..jgn biarkan mereka bergaul bebas baik anak lelaki ataupun perempuan..berilah didikan agama yg sempurna kepada mereka..kerana pendidikan yg sempurna adalah bermula dari rumah....wallahu'alam...

Monday, January 14, 2013

REVIEW BLOG BERTUAH


Jom join segmen ni..hari ni last day..klik kat gambar je..selamat bersegmen :)

SUKA2..SITI DAH BERTUDUNG LITUP..ALHAMDULILLAH :)

SALAM...




Akhirnya,terbukak jugak hati si siti ni nak bertudung penuh..dah x nampak jambul dah kat depan..suka sgt..sebb aku ni mmg dari dulu peminat siti..sampaikan aku kumpul gambar2 dia jadikan folio..masa budk2 lagilah..skrg jgn haraplah nak kumpul..nak baca majalah pun dh malas..huhu...barulah nampak molek kak siti kita ni..nampak muda je..kalo dia pkai tudg nmpak jambul tu dh mcm umur 40-an..tp bila pakai tudg x nmpak jambul ni nmpak mcm 20-an..ape2 pun tahniah Dato' Siti sbb telah memulakan langkah untuk menutup aurat dgn smpurna...alhamdulillah..

p/s : berubahlah ke arah kebaikan sebelum semuanya terlambat :)

Saturday, January 12, 2013

BEKAS PEMBUAT YAKUZA TATTOO KINI MENJADI IMAM


SALAM..


[KISAH BENAR] Hidayah itu milik Allah

Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tato' itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. "Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Dari Yakuza jadi Imam masjid
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. "Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

KELEBIHAN MENUTUP AURAT

SALAM..

siapa kata menutup aurat ni xde kelebihan...setiap yg peraturan yang diaturkan oleh Allah memiliki kelebihannya tersendiri..termasuklah dalam bab menutup aurat dengan sempurna...saya ulang MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA..antara kelebihan menutup aurat adalah :


1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)

“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).

Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…


2. Terhindar dari masalah MAKSIAT

Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari) 

 Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari. 


3. Memelihara kecemburuan lelaki

 Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam. 

 “Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim) 

Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA..... 


4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga

 “Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56) 
 “Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58) 
 “Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)

Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.

Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???

5. Mencegah penyakit kanser kulit

Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.

Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.

Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.

6. Melambatkan gejala penuaan

Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.

Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….

Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.



Friday, January 11, 2013

KERANA SEUTAS TASBIH

SALAM...

satu malam yg sunyi..aku duduk termenung di sudut katil...aku termenung sejenak memikirkan diri ini yg terasa kosong sekosong kosongnya..memikirkan diri ini yang semakin leka dan lalai dgn keindahan dunia..memikirkan diri ini yang semakin alpa menunaikan tanggungjawab sbg seorg mukmin sejati..aku lesu..aku resah..jiwa ini langsung tidak berasa tenang dan aman..

selepas pemergian bonda tercinta,aku seperti hilang arah tuju..tiada tempat untuk aku mengadu segala hal..jiwa aku kosong yg teramat..diri ini seolah-olah memberontak..syaitan begitu mudah menghasut ku untuk melalaikan aku dari menjalankan tanggungjawab sbg seorg mukmin yg sejati..walaupun solatku cukup 5 waktu,tetapi aku tetap rasakan yg diri aku tidak tenang..aku menjadi seorang yg pemarah,pendendam..pantang ada yg silap,aku akn cepat melenting..melepaskan kata-kata yg tidak memikirkan perasaan org lain..penampilanku berubah satu persatu..

sedang aku memikirkan keadaann diri ini,aku terpandang seutas tasbih yang kuletakkan di atas almari..tasbih pemberian ayahanda tercinta setibanya dia pulang dr menunaikan haji..aku membelek2 tasbih itu..aku gerakkan jari ku mengikut butiran tasbih sambil mulutku melafazkan zikir..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR...aku melafazkan satu persatu mengikut butiran tasbih...air mata ku mengalir..aku terasa seolah-olah aku tersedar dari mimpi yg panjang..ya Allah..ape yg telah aku lakukan?? seketika aku terleka ya Allah..aku gagal menghadapi ujianMu...Lantas aku mengambil wuduk dan aku bersujud kepada Mu..memohon segala dosa-dosa ku diampunkan...

Hanya kerana seutas tasbih ini Allah telah menggerakkan hatiku supaya segera bertaubat daripada melakukan dosa..aku bersyukur kerana telah diberi peluang untuk aku bertaubat dan menginsafi segala perbuatanku..aku ini hanya hamba yg lemah lg hina..sesungguhnya hanya Engkau ya Allah yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihani...

cerita ini adalah berdasarkan dari pengalamanku sendiri..aku telah merasai nikmat yg tidak terhingga dari Nya..setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan..segeralah bertaubat sebelum segalanya terlambat..semoga aku terus beristiqamah dlm mencari redha Ilahi..insyaALLAH..

Wednesday, January 9, 2013

TANDA-TANDA DIRI DIRASUKI JIN

SALAM...




Jom kita selami diri kita samada diri kita dirasuki jin atau tidak..tanda-tanda diri kita dirasuki jin :



1. Pesakit menjadi malas, badan cepat letih,kurang tenaga, rasa tak bermaya sama ada untuk bersolat, ke masjid atau surau, pergi pejabat untuk bekerja atau sebagainya.

2. Pesakit cepat mengantuk tidak kira berada di mana sekalipun, dan apabila tidur akan terasa seperti ditindih,sukar bernafas, rasa terkejut, selalu terbangun di waktu malam dan sebagainya.

3. Akan mengalami mimpi yang buruk seperti mimpi ular,kala jengkin,anjing yang semuanya berwarna hitam, kadangkala mimpi tersebut akan berlaku berulangkali. Juga bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau mimpi diiring ke kubur,tempat sampah atau jalan yang mengerikan.

4. Pesakit akan hilang selera makan menyebabkan berat badan yang menurun.

5. Batuk atau selsema yang berpanjangan,kadang-kadang selama berbulan-bulan.

6. Dada atau jantung akan jadi berdebar-debar secara kerap.

7. Pesakit suka termenung, bersendirian, sedih, rasa gelisah dan rasa ‘kosong’.

8. Selalu pening kepala, sakit perut umpama gastrik dan seumpamanya.

9. Terdapat kesan-kesan lebam dibadan seperti dipeha,betis dan lengan.

10. Terasa sesuatu yang bergerak-gerak dalam badan.

11.Malas berzikir dan malas sembahyang.

12. Sakit pada sesetengah anggota badan sehingga doktor tidak boleh mengubatinya.

13. Tidak sedarkan diri atau hilang kawalan diri pada masa tertentu.

14. Melihat binatang berbisa didalam rumah seperti lipan,kala jengking atau ular.

15. Gangguan ketika beribadah seperti lupa baca ayat al-Quran/doa yang telah dihafal.

16. Kerap was-was sehinggakan terpaksa ambil wuduk berulang-ulangkali atau takbirratul ikhram dalam masa yang lama diulang

17. Terdengar bunyi suara yang menakutkan atau ternampak sesuatu yang pelik.

18. Terhidu bau yang busuk di dalam rumah seperti darah, nanah, bangkai, kemenyan dan sebagainya.

19. Mudah menjadi marah, suami isetri cepat bertengkar walau pada perkara yang kecil secara tiba-tiba.

20. Ulat bulu, langau, lalat hijau, kupu-kupu banyak dalam rumah.

21. Sangat susah tidur di waktu malam, jika dapat tidurpun dalam keadaan yang sudah lama bersusah payah untuk melelapkan mata.

22. Apabila tidur akan berlaku gesera antara gigi geraham sehingga menimbulkan bunyi yang boleh didengari ahli rumah yang lain.

23. Berjalan sendiri semasa tidur tanpa sedar.

24. Bermimpi melihat hantu.

krdt to : http://zainizainal.blogspot.com

Monday, January 7, 2013

GOOD BYE 2012..WELCOME 2013 :)

SALAM...

Rasa2 nye belum terlambat lg nak ucapkan selamat tahun baru kat korang semua...pejam celik,pejam celik sekejap je dah masuk 2013...biasanya asal masuk je tahun baru, mesti masing2 semangatkan nak tanam azam baru dalam diri...tapi selalunya tanam je lah,buahnye x tumbuh2..huhu..termasuklah empunya diri ni..

terlalu bnyak memori indah sepanjang 2012..dan ada jugak yang sedihnya..yg paling indah sepanjg 2012 ni beselah..ehem2..diri ni sudah bergelar tunangan orang..hehe...itulah yg paling indah dlm hidup aku..2013 ni tunggu je lah ape yg paling indah..x boleh nak ckp lagi..yelah,ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah..kita ni hanya mampu merancang je,tapi yang tentukan hanya Allah...

aku berharap agar dlm tahun 2013 ni aku dpt menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..aku lebih menjadi insan yg beristiqamah dalm melakukan kebaikan..menjadikan aku insan yg sentiasa bersabar dlm menghadapi segala ujian dari Nya..insyaALLAH :)