Friday, November 20, 2009

BETTER THAN BEFORE...



Pada 18.11.09 aku n the geng kene pergi jamuan perdana yg dianjurkan oleh Institut bertmpat di Dewan PGRM kat Cheras..besar gak la dewan ni..aku pergi naik kete, walaupun ada bas disediakan, tapi aku lagi selesa naik kete. tak payah nak berebut-rebut..tema Hitam Putih, Satu Malaysia la kononnya..puas gak nak cari baju, last2 pakai baju lame jer..tak kisahla asalkan ikut tema dari yg tak ikut tema langsung..huhu..jamuan kali ni bagi aku lebih bagus dari yang sebelum2 ni..kira berjaya jgak la diorang wat sebab dah xde anasir2 luar yang menyibuk dan menipu..makan pun dihidang, dah tak payah nak berebut2..kira aku puas hati la kali ni..tahniah..

p/s : walaupun besok tu exm muzik..then ada plak yg menyibuk pasal MQA..rosak mood terus..huh

Friday, November 13, 2009

2012..Bukanlah Tentang Kiamat..



Semalam aku g tgk wayang dgn member2 yg lain..pergi tgk citer 2012 yg baru jer keluar semalam..nak ulas sikit pasal citer ni..citer ni memang best. memang nampak real..ada babak kelakar, sedih, serius, simpati dan banyak lagi..yg tak tahan member aku siap menangis tgk citer ni..so touching..huhu..

bnyak orang ckp citer ni tentang kiamat pada tahun 2012 di mana dunia akan musnah..seperti yg kita tahu, kiamat adalah penghujung segala kehidupan..tak ada lagi kehidupan di muka bumi ni.kita hanya akan dibangkitkan semula di padang Mashar.. tapi citer ni pelik sikitla..ada jugak orang yang terselamat dan meneruskan kehidupan..bukanlah kiamat namanya..mat saleh kan, biasalah..

citer ni aku tgk jugak ada dimasukkan tntang sirah Bahtera Nabi Nuh..dalam citer ni diorang cipta beberapa bahtera yang besar dan kebal untuk menyelamatkan orang2 kenamaan dan kaya dari seluruh dunia..tapi Sirah Nabi Nuh menyelamatkan orang2 yg beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T..Manakala yg kafir akan tenggelam menerima azab Allah..pandai betul mat saleh ni putar belitkan cerita ek..ish3x

ape2 hal pun korang tgkla sndiri citer ni ek..ni pandangan aku jer bila tgk citer ni..

p/s : bg yg student, jgn lupa bwak student kad ek..nanti dpt murah.. :)

Wednesday, November 11, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

P/S : gerun bila baca artikel ni...

Tuesday, November 10, 2009

Jangan Bersedih : Bagaimana Menghadapi Kritikan



Allah Yang Maha Pencipta dan Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang pandir yang tak berakal dan tidak tahu diri. Maka, anda dan kita semualah manusia yang selalu terlanjur dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seseorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan keras. Mungkin pula, sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.

Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam liang lahad, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Adapun bila anda masih berada di tengah-tengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur anda selalu terasa gersang.

Perlu diingat, orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh, dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka marah dan kesal kepada anda adalah karena mungkin anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk, atau harta. Jelasnya, anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tidak terampuni sampai anda melepaskan semua kurnia dan nikmat Allah yang ada pada diri anda, atau sampai anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini anda pegang teguh. Dan menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil adalah yang mereka inginkan dari diri anda.

Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah laksana batu batan; tetap kukuh berdiri meski diterpa butiran-butiran salji yang menderanya setiap saat, dan ia bahkan semakin kukuh karenanya. Artinya, jika anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, berarti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan anda. Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau merespon kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Lupakan sahaja mereka, dan jangan pernah merasa tertekan oleh setiap usaha mereka untuk menjatuhkan anda. Sebab, kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. Yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka akan semakin keras pula kritikan yang anda terima itu.

Bagaimanapun, anda akan kesulitan mendiamkan mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang anda mampu adalah hanya mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka, mengabaikan tingkah laku mereka pada anda, dan cukup membalas setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah,

“Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu."

(QS. Ali 'Imran: 119)

Bahkan, anda juga dapat memasukkan mulut mereka dengan 'potongan-potongan daging' agar mereka diam seribu bahasa dengan cara memperbanyak keutamaan, memperbaiki akhlak, dan meluruskan setiap kesalahan anda. Dan bila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang, dan terhindar dari cela, berarti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk dicapai.

p/s : sentiasa berfikiran terbuka dan tersenyum menerima sebarg kritikan dan hinaan... :)

SETULUS INGATAN



Hidup ibarat kapal yang sentiasa menghadapi kesukaran sebelum sampai ke destinasi yabg dituju.Menggapai bintang di langit sememangnya tidak semudah menghirup udara segar yang dikurniakan oleh Illahi.Jalan berliku yang penuh dengan rintangan dan dugaan pula, kadang-kadang menguji kesabaran. Berbekalkan do'a,usaha,dan tawakal ,akhirnya puncak kejayaan mampu kau tawan.

FINAL EXAM vs MQA


Minggu ni adalah minggu final exam aku dan dalam masa yg sama menguruskan segala mcm folio untuk MQA..so, minggu ni agak bertungkus lumus jgak la untuk membuat dua benda dalam satu masa..mana satu yang harus aku hadapi dulu?? final exam atau MQA?? atau perlu bijak membahagikan masa untuk kedua-duanya?? aku rasa aku perlu bijak membahagikan masa dengan betul supaya kedua2 perkara ini dapat aku laksanakan..

Ya Allah, Engkau berilah kemudahan dan ketenangan kepada aku dan rakan-rakanku untuk menjawab peperiksaan akhir yang bakal kami tempuhi..amin..

Monday, November 9, 2009

6 PERKARA KEHIDUPAN...



-engkau mesti menutup pintu berseronok dengan nikmat ALLAH dan membuka
pintu keperitan

-engkau mesti menutup pintu kemuliaan dan kegagahan diri,sebaliknya buka
pintu kehinaan

-engkau tutuplah pintu istirehatdan bukalah seluas-luasnya pintu
mujahadah,bersungguh-sungguh dalam mencari redha ALLAH

-engkau mesti menutup pintu rapat tidur dan membuka lebar pintu berjaga

-engkau mesti menutup pintu rapat kekayaan dan membuka pintu kefakiran

-engkau mesti mengunci pintu rapat pintu angan-angan sebaliknya membuka
pintu beramal dan membuat persediaan mati

((bukan emas permata yang mencantikkan anda melainkan yang mencantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda))

TRANSFORMASI HP :(


Orang sekarang duk sibuk tukar hp baru yg canggih2, tapi aku terpaksa tukar dengan hp lame aku balik..waaa..sedihla..hp pink aku (mcm gambar kat ats) dah kene hantar kedai sebab dah rosak..screen dia tak leh nyala dah..sebab selalu kene baling dgn aku..sian dia, mgkin dia merajuk dgn aku..so, sekarg aku guna hp lama aku balik (nokia 1100)..rasa lain bila hp pink aku xde..tak leh nak dgr lagu selalu, tak leh nak tgk gmbr2 insan yg trsayang selalu..sedihla...waaaa..cepatla hp tu ok..angah, jaga hp pink yanah baik2 ek..jgn tinggalkan kat JB lame2..nanti dia rindu kat yanah..WAAAAA!!!!!!



Friday, November 6, 2009

FAMILY FIRST....YEYE BALIK KAMPUNG!!!





SALAM..

Bestnye, minggu ni dpt balik kampung..dah 3 minggu x balik..nak jumpa mama,baba, along, angah, idah dengan adik..rindu kat diorang sangat2..lagi pun minggu depan nak final exm, kene minta restu mama dgn baba..tula yg selalu aku wat kalo nak exm..balik rumah nanti dah tak boleh bangun lambat, tepat 6.30 pagi baba akan jlnkan tanggungjwbnye "along bangun, yani bangun, yanah bangun, idah bangun, adik bangun"..sorang2 nama ank dia baba sebut..hu3..kalo pukul 7 tak bangun, siapla frekuensi suara akn jadi tinggi..masa tu la masing2 kelam kabut bangun..haha..tapi selalunya yg paling liat nk bangun, aku la..org lain semua dah bgn, aku kat ats katil lagi..dah kene sergah dgn kakak2 aku, baru bangun..bangun sebab terkejut..along la yg selalu wat macm tu..ish3..

lepas tu tepat 7.15 mesti semua ada tuk sarapan..kalo tak de, msti kene panggil gak..sorang pun x leh miss sarapan..bila ada kakak2 aku kat rumah, diorangla yg siapkan..aku tgk jer..hehe..lepas sarpan, jalankan rutin masing2..kemas rumah, basuh baju, sidai baju..ha, yg ni baru tugas2 aku..aku kemas kat ruang depan, along kemas kat ruang dapur..angah?? angah ikut suka dia nk kemas mana2 pun..kdg2 tugas dia basuh dgn sidai baju..idah dgn adik akan tlg baba siapkan dapur..mama jadi mem..puan besar..hehe..

bila petang, lepas asar semua kene bangun..tak boleh tido, tak boleh tgk tv..masing2 kene jalankan rutin masing2..kalo dulu, lagila lepas asar semua kene ada kat luar rumah, tak leh ada kat dalam rumah..kitorang kira riadah la..bersihkan laman, wat ape yg patut..hu3...

malam barula boleh tgk tv..tu pun stat pukul 8..baba memg pantang maghrib2 buka tv..tdo tak boleh lewat..tu la dia rutin2 yang aku dgn adik beradik aku kene wat bila ada kat rumah..mcm tentera kan?? tapi kitorang semua enjoy..memglah kadang2 merungut gak dgn peraturan2 yg baba dgn mama wat..tapi, tu semua tuk kebaikan aku dgn adik beradik aku..kalo x, memang kitorang x kan jadi orang..lagi2 aku yg memg terkenal dgn sifat degilnya..hahaha..

P/s : MAMA, BABA...nantikan kepulangan anak mu ini... :)

Thursday, November 5, 2009

LEPAS RINDU...

SALAM...


Bestnye hari ni dapat lepas rindu dekat pensyarah lama masa study dekat JB dulu..nama pensyarah ni Puan Siti Misliah(pakai tudung hijau,duduk)..puan ni ajar subjek Prasekolah masa kat JB dulu..baik sagt puan ni..yang tak sangka, puan boleh ingat nama student dia sorang2..kitorang jumpa kat Sogo td, siap belanja McD..tak ramai pun student dia yg dtg, 8 org jer..sedih gak yg lain x dpt pegi, mayb masing2 ada hal masing2..tapi nampak sangat muka puan berubah bila ramai yg tak dpt datang..yelah, jarang ada lecture yg nk sgt2 jumpa dengan student dia..dah 3 kali dia turun KL, tapi baru hari ni dpt jumpa..x pelah, xde rezeki nk jumpa yg lain... yang penting memang seronok dapat berbual dengan Puan Siti..

p/s : walaupun Puan Siti ckp MQA stat dr foundation yer...jenuh nk cari nota sem 1 balik..hu3

Wednesday, November 4, 2009

AKU GERAM TAHAP MELAMPAU!!!!!




Argghhhhh!!!!!!..aku geram, sakit hati, benci, menyampah sumenyer ada...perlu la nak ckp2 belakang, nak kutuk2 belakang..kalo tak puas hati ckpla depan2..pengecutla wei cakap2 belakang..ari tu masing2 diam seribu bahasa, bersuara tak nak, bagi cadangan tak nak..tapi bila aku bagi cadangan, masing2 beria..tp bila belakang duk kutuk aku bagai nak rak...aku cuma pk kan korang, pk kan org lain yg tak mampu..jgnla asyik dgn dunia sendiri, nak berlagak..mcm ni korg buat aku ek??kesabaran aku ada tahap gak..korang tunggu je la nanti..Allah itu Maha Adil dan Mengetahui segalanya..

YA ALLAH, ENGKAU TENANGKANLAH HATI KU...

Sunday, November 1, 2009

DAH HAPPY BALIK :)



ALHAMDULILLAH
Akhirnya aku dah rasa happy balik
Aku dah tak sedih2 dah..

SEDIH YANG TERAMAT2.......



Hari ni mood aku sangat2 sedih..tak tahulah kenapa..mcm2 masalah yg ada kat dalam kepala ni..lepas satu, satu masalah yg aku kene hadap..hari ni memg dah tak tahan lagi..memg rase sedih sangat2..

YA ALLAH, TABAH KAN HATI HAMBAMU INI