Monday, May 24, 2010

AIR MATA KU MENITIS LAGI....CORETAN TUK MAMA..


SALAM...

saat ku menulis luahan ini, air mataku sdg menitis hiba..kenapa aku menangis??...aku terlalu rindukan mama ku..aku ingin balik menemaninya setiap masa..aku ingin bersamanya setiap masa..walau sesaat, aku x mahu berpisah dengannya..mama..seorang yang cukup penyayang. kasih sayangnya x dpt ku bandingkan dgn sesiapa pun..sesiapapun x bleh menggantikan tmpat mama..mama seorg yang kelakar..tingkah laku mama seringkali mencuit hati aku dan keluargaku..mama juga seorg yang cukup sensitif..air matanya mudah mengalir jika hatinya dikecilkan..tapi, kenapa ada manusia yg sungguh kejam, jahat, zalim menganaia mama ku..apa salah mama?? mama x pernah ganggu kehidupan orang lain..rutin seharian mama ku berubah..x seperti dulu..aku sering menangis melihat keadaan mama yang cukup derita..

MAMA...yanah nak balik temankan mama..yanah nak uruskan makan minum mama, baba, idah dgn adik kat rumah..kesian kat idah dgn adik..dulu, pagi2 mama akan sentiasa siapkan sarapan untuk baba, along, angah dgn yanah sebelum pergi sekolah..tapi skrg, diorang sume kena buat sendiri..adik kdg2 pergi sekolah tak sarapan..kesian dia..semuanya kerana mama dah tak mampu nak wat sume tu..yanah nak balik ringankan beban baba yang dah banyak berkorban tuk keluarga..kesian baba..

MAMA..yanah harap mama cept sembuh..yanah tak sanggup tgk keadaan mama..mama dah cukup derita..biarla org yang buat mama terima balasan yang setimpal dgn perbuatan dia terhadap keluarga kita..yanah rindukan masakan mama..dah lama yanah tak rasa masakan mama..yanah rindukan mama yang kuat makan..semuanya yanah rindu..mama cpt sembuh ek..


p/s : along dgn angah, sama2 kita doakan mama ek..kesian mama..yanah dah penat menangis pk kan mama..doakan yanah dapat melaka ek..yanah nak duk melaka supaya boleh jaga baba, mama, idah dgn adik :(

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU...


SALAM..

Tanggal 16 Mei, adalah hari yang cukup membanggakan bagi aku kerana aku sendiri akan meraikan hari guru bersama-sama guru-guru yang lain. Kalau dahulu aku mengucapkan selamat hari guru untuk cikgu-cikgu aku, sekrg aku sendiri mengucapkan kalimah itu untuk diriku sendiri. Aku tidak menyangka bahawa aku akan menjadi seorang guru mengikut jejak langkah mama dgn baba.

Aku ingat dulu masa mula-mula baba apply kan aku masuk maktab. Aku merungut. Aku nak masuk U macam along dgn angah. Aku dapat jugak tawaran masuk UiTM kat Segamat. Aku dapat kos Sains Kuantitatif.Bagi aku masuk maktab ni kira kelas bawahan. Dahla masuk maktab, ambik kos prasekolah pulak tu. Nak tak nak aku terpaksa jugak masuk maktab yang pada awalnya demi peluang kerjaya. Setelah masuk ke Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, aku belajar selok belok menjadi seorang bakal guru. Aku menghabiskan faundation aku selama 1 tahun stengah di sana sebelum dipindahkan ke Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia untuk menghabiskan Ijazah aku dalam Prasekolah selama 4 tahun.

Sekarang betapa aku bangganya menjadi seorang bakal guru setelah 5 tahun setengah bergelumang dgn pengajian sebagai seorang guru. Aku bangga walaupun aku hanya seorang guru PRASEKOLAH. yang penting aku adalah seorang GURU yang BERIJAZAH, tidak kiralah opsyen apa sekalipun. Dan sekarang aku tahu betapa tingginya martabat sebagai seorang GURU dan betapa besarnya pengorbanan seorang GURU.

P/S : SELAMAT HARI GURU UNTUK MAMA, BABA, ANGAH DAN JUGA GURU-GURU SELURUH DUNIA..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA :)

AKIBAT MINUM AIS MLM2 BUTA..PDN MUKA..HUHU


SALAM...

Ha, nila akibatnya pergi minum Teh O Ais Limau malm2 buta..kan dah kene..huhu..x pasal2 je aku kene dari mlm sampai ke pagi..dah la ubt xde, nak mintak kat rumate dah tido..terpaksalah aku menanggung kesengsaraan sampai ke pagi..yanah2, dah tau awak tu ada sejarah, pegi jugak minum ais..degil, x nak dgr ckp..dah kene sape yg susah??

P/s : kene bebel dgn along n angah...hahaha..x habis2 nak membebel je diorg ni..tu tandanya sayang.. :)

Friday, May 14, 2010

TRANSFORMASI HP LAGI :(


SALAM..

Waaaaaaa..hp pink aku rosak lagi..asyik rosak jer..ari tu baru repair..dah la mahal.kene rm150..ni tambah lagi dgn kamera tak leh pakai, lagi aku angin..aku pg kedai tanya boleh repair tak? ada ke patut cakap hp aku ni stok lame..ceh, aku punya la sayang kat hp ni, sdp2 ckp stok lama..so, skrg aku terpaksa la pakai hp yang biasa jer..xde kamera, xde MP3..hanya ada radio sahaja..huhu..jadila, asalkan boleh tepon,boleh msg..tu yg paling penting...hehehe

p/s : beli hp sama dgn mama..sebijik sejibon..huhu :)

AKU KELIRU..


SALAM..

Lagi nak hujung sem, lagi banyak masalah yang datang..lagi banyak ujian yang Allah bagi kat aku..aku hanya mampu memendam dan tak mampu untuk aku meluahkan kerana takut ada pihak yang tersinggung..cukupla aku berdoa agar aku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini...

Thursday, May 13, 2010

KESIAN BLOG AKU...

SALAM..

Kesiannye kat blog aku ni..terbiar mcm tu jer..dah x selalu nak letak citer baru..x baikkan aku ni..k la, lepas ni aku akan rajin update blog ni..aku sayang gler kat blog ni..ni la tempat aku luahkan segala perasaan aku..

Thursday, May 6, 2010

BESTNYE PERGI LAWATAN.. :)

SALAM..

Tanggal 30 April 2010, hari yang menyeronokkan aku..pertama dah habis praktikum, kedua dapat pegi jalan2 dgn anak murid aku..pegi balai bomba dgn zoo..best sgt jalan2 dgn diorang..aku pun tumpang sekaki jugak..huhu..ape2 hal enjoy dgn gambar2 ni ek.. :)

YEY!!! PRAKTIKUM DAH HABIS....



SALAM...

Akhirnya aku berjaya menghabiskan masa selama 3 bulan untuk menjalani praktikum..riang rasa hati dapat menghabiskan praktikum kali ni..banyak kenangan terindah bersama dengan anak-anak murid ku yang sangat comel dan petah bercakap terutamanya Alissa dan juga Akma..kanak-kanak comel yang berumur 5 tahun yang banyak keletahnya..tak lupa juga tuk semua anak murid aku..cikgu caaayaaang kamu semua...harap praktikum kali ni aku mendapat keputusan yang baik seperti praktikum yang lepas..AMIN..

p/s : lepas ni nak hadap kerenah budak kelas aku iaitu PISMP 7B yang mengalahkan budak2 prasekolah..huhu :)