Wednesday, August 19, 2009

akhirnya sempurna..

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya menamatkan penyeliaan aku bersama2 dgn pensyarah..lepas sudah azab..hu3..

secara keseluruhannya, bagi aku praktikum kali ni aku berada di tahap sederhana..masih belum memuaskan bagi aku..aku belum mencapai tahap yang aku inginkan..

aku berharap semasa praktikum fasa 3, aku dapat buat yang lebih baik daripada praktikum kali ini.. aku perlu memperbaiki segala kelemahan aku agar dapat menjadi yang terbaik..

p/s : sentiasa berfikiran positif dan menerima kritikan dengan hati yang terbuka...buka minda, lapangkan dada, ikhlaskan hati..InsyaAllah hidup lebih diberkati :)

Monday, August 17, 2009

hapy graduation day..

Istimewa untuk yg tersayang...

happy convocation day..
semoga sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..
Insan di sini sentiasa mendoakan yang terbaik..

CONGRATULATION.. :)

Friday, August 14, 2009

Hilangnya sebutir bintang....




"berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan

diiring doa dan air mata

yang pergi takkan kembali lagi
"

perginya takkan kembali lagi
meninggalkan seribu satu kenangan
semoga rohnya ditempatkan di tempat golongan orang beriman
Al-Fatihah..

Wednesday, August 12, 2009

karnival prasekolah..

hari ni aku bawa budak pergi karnival prasekolah kat hulu langat..first time sepanjang aku praktikum pergi bawak budak karnival..walaupun sekolah aku tak menang, tapi seronok bila dapat tgk gelagat budak-budak pra buat persembahan..macam-macam ragam..

sampai jer kat sekolah tu, aku bawak budak pergi bilik pertandingan mewarna. lepas tu aku tinggalkan budak2 tu kat bilik mewarna tu..aku pun apa lagi, merayaulah kat sekolah tu..tgk budak2 bersajak pulak..ada la sorang budak laki dari sekolah mana ntah, dia punya la syok bersajak..dengan air muka tak serius pulak kan..lepas tu tiba-tiba dia berhenti..hakim pun tanyalah "ada lagi ke?" budak tu pun jawab "dah habis la"..terus gelak sakan aku dgn member aku..tak pasal2 hakim plak yang kene marah dengan budak tu..hakim tu senyum jer..maklumla,budak2 kan..wat salah macam mana pun tetap jadi bahan ketawa..kalau org dewasa buat macam tu memang kene sumpah seranah la dengan hakim..hu3..

seronok sebenarnya jadi cikgu prasekolah ni..macam2 perangai boleh kita tgk..kadang2 nak marah, terus x jd marah..hu3..

harap2 masa posting nanti dpat la jd cikgu pra..Amin :)

Sunday, August 9, 2009

PESTA FLORA










semalam aku pergi pesta flora dekat putrajaya..syok jugak al..1st time pergi..macam-macam jenis bunga yang ada kat sana. dari yang jenis tropika sampaila bunga musim sejuk..walaupun cuaca agak panas dekat sana, tapi bila tengok bunga-bunga yang cantik ni sejuk terus mata memandang..betapa besarnya anugerah Allah..

pengalaman yg aku tak boleh lupa bila terserempak dengan Tun Dr Mahathir, bekas PM Malaysia. walaupun aku kureng sikit dengan dia ni, tapi bila dah jumpa depan mata ada la jugak rasa teruja nya..hu3..aku sempat la ambik gambar dia masa tgh melawat bunga-bunga kat sana..

terima kasih kepada insan yang telah sudi menemankan aku pergi tgk pesta flora ni.. :-)

Thursday, August 6, 2009

suara emas??

aku dah tak tau macam mana nak rendahkan ton suara aku ni..bila aku cakap kuat sikit kata aku menjerit, marah-marah..pada hal suara aku dah memang macam ni..tak kan nak cakap sopan sangat kot..nanti kata cover pulak..

bila aku mengajar, aku memang tak reti nak rendahkan suara aku..aku dah cakap cukup baik pun kata aku still marah-marah lagi..macam mana aku nk wat lagi..

aku rasa aku kene cakap berbisik kot dengan budak-budak ni..hu3..

mcm2 hal bak kata "org tu"..he3

Tuesday, August 4, 2009

Kenapa Jun & Januari??


Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.

- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.

- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.

- Cerewet dalam hubungan.

- Selalu beremosi.

- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.

- Cepat rasa bosan dalam percintaan.

- Kurang yakin dalam perhubungan.

- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.

- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.

- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai
sekiranya dikhianati
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah
sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari
selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Monday, August 3, 2009

SEGALANYA BAKAL BERAKHIR

Alhamdulillah..segalanya bakal berakhir..semoga semuanya kembali aman dan tenang seperti sediakala...amin...