SALAM...
Hari ni,tiba2 jer nak berkongsi dgn sahabat tentang LELAKI DAYUS.. Apa itu lelaki dayus???
jom kita faham dgn lebih mendalam apa itu lelaki dayus..
Sabda Nabi s.a.w:
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
cuba kita lihat sekeliling kita sekarang..semakin ramai suami atau ayah yang membiarkan isteri dan anak-anak mereka membuka aurat dan melakukan perkara yang dilarang Allah...di mana peranan dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah???
wahai lelaki yg bergelar suami dan ayah, tanggungjawab kalian bukan sekadar memberi nafkah atau memberi kemudahan kepada keluarga, tetapi tanggungjawab kalian adalah membimbing dan memberikan didikan agama yang sempurna kepada isteri dan anak-anak. Jangan biarkan mereka menjadikan kamu sebahagian dari ahli neraka..
P/s : Sekadar untuk perkongsian ilmu :)