Wednesday, May 2, 2012

YA ALLAH..BERIKAN AKU KEKUATAN...

SALAM...


Aku bermohon kepada Yang Esa supaya diberikan kekuatan dan ketetapan hati agar aku dapat menempuh segala dugaan dan ujianMu..Tetapkanla hati dan iman aku agar aku terus beristiqamah dalam membuat kebaikan dan berhijrah ke jalan yang diredhaiNya...

Wednesday, April 25, 2012

BERTUDUNG LABUH BUKAN KERANA "BUDGET ALIM"


SALAM..

Tertarik dengan ayat dlm gambar ni..gambar ni diambil dr blog zamani84.blogspot.com..renung2 kan lah wahai sahabat :)

Tuesday, April 24, 2012

KAHWIN TAHUN NI....

SALAM...



Sape yg nak kahwin tahun ni??? aku ke?? ish,tak...sebenarnye aku tulis post ni tentang kawan-kawan aku yang bakal dan telah pun mendirikan rumah tangga pada tahun ni...tahniah aku ucapkan kepada OLYN, ARINA, FIDA, BAI, FARRA, MARIA, HALIM DAN HARIZ....ni semua kawan masa kat IPG dulu..seronok bila tgk kawan-kawan yang akan mendirikan masjid ni..aku tumpang gembira...semoga korang semua bahagia hingga sampai ke syurga...


P/S : sayang n rindu korang semua :)

Sunday, April 22, 2012

RUMAH PALING UNIK DI DUNIA...

SALAM....

Jom rehatkan minda sebentar..kita layan gambar rumah paling unik di dunia...kreativiti manusia ni terlalu luaskan..layansss... :)









Saturday, April 21, 2012

KENAPA ASYIK NAK SALAHKAN CIKGU JER???

SALAM....


Hari ni tiba2 aku dgr cerita pasal ada sorang pnjaga ni nak salah kan guru sebb anak2 diorang x dapat 5A dlm UPSR..nape mesti nak salah kan cikgu ker? cikgu dah bagi yg terbaik untuk anak muridnya dan sentiasa mendoakan yg terbaik...ibu bapa x sepatutnya nak salahkan cikgu 100%..kegagalan atau cemerlangnya seorang murid bukan bergantung kepada guru,tetapi semuanya atas usaha anak murid dan ketentuan Allah..

*************************

ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam kecemerlangan anak2 mereka. tak boleh nak serahkan kepada cikgu semata..pendidikan yang sempurna adalah bermula dari rumah..ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka, kerja sekolah mereka,tindak tanduk mereka..sekarang,guru jentik sikit dah kene naik mahkamah,tapi sebenarnya anak-anak mereka sndiri yang buruk perangai.konon perangai anak mereka baik bagaikan malaikat..mak bapak selalu dgr sebelah pihak,tapi x pernah nak dgr penjelasan dari cikgu..ape kes??? peguam yg niatnya hanya nak cari untung,terima kes tanpa usul periksa..makin kayala peguam2 kat malaysia dgn duit yg tak diberkati.

*************************

Aku tulis ni bukanlah nak menyalahkan semua ibu bapa kat luar sane..aku tau,ada ibu bapa yg telah mendidik anak2 mereka dgn sempurna..tahniah aku ucapkan..tapi yg masih tak dapat nak didik anak2 dgn didikan agama yg sempurna takziah aku ucapkan..jgn terus-terusan nak salah kan cikgu 100%...tgk pada diri sendiri sebelum menuding jari pada org lain..itulah gunanya PIBG kat sekolah..ibu bapa dan guru saling bekerjasama dalam memastikan kecemerlangan murid2 di sekolah..

p/s : kecemerlangan mestilah seimbang dunia dan akhirat..

Friday, April 20, 2012

HAPPY BIRTHDAY NOR KHAIRUNNISA :)

SALAM...



Hari ni 20 April 2012..genap sudah umur si nisa (anak buah yang pertama) setahun..selamat hari lahir nisa..semoga nisa membesar dengan sihat dan ceria..sayang nisa.. :)

EGONYA SEORANG AYAH....

SALAM...


Setiap minggu aku akan menelefon baba untuk bertanyakan khabar..tapi setiap kali aku telefon tanyakan khabar,nilah jawapannya...

Yanah : Baba sihat?
Baba   : Tengah cakap dgn kau ni baba sihatlah..tak sihat,baba tak cakap..
Yanah : Baba dah makan?
Baba   : Dah.
Yanah : Baba makan ape?
Baba   : Nak tau buat ape..bukan boleh balik makan pun..kau tu dah makan belum?
Yanah : Dah ba..yanah tak dapat balik minggu ni..ada sekolah ganti..xpe ke ba?
Baba   : Tak pelah..tu bukan sekolah sendiri..dah keje,nak wat mcm mane..nak balik selalu 
            wat sekolah sebelah rumah..
Yanah : ok la ba..jaga diri baik2 tau..
Baba   : Tak payah pesan kat baba..kau tu jaga diri baik2 kat sane..

itulah dia ayat baba setiap kali aku telefon tanya kan khabar..kadg2 tergelak aku bila baba jawab mcm tu..walaupun baba jawab mcm tu, tapi aku tau baba sentiasa harapkan ank2 dia sentiasa berada di sisinya..dan baba sentiasa mengharapkan panggilan telefon dari anak-anaknya..cuma,baba tidak pandai nak menunjukkan semua tu kat aku dan adik beradik yg lain..maklumla..LELAKI KAN EGO...hehe..jangan marah :)