Wednesday, February 4, 2015

Mari Kita Lompat....

Bila kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skip. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda fikirkan.

Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.

Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.

Memperbaiki dan Menguatkan

Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis. 





Tip Senaman

  • Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman
  • Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian
  • Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter
  • Sertakan muzik
  • Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat
  • Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan
  • Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula
  • Lakukan aktiviti regangan menyejukkan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku

1 comment:

Cik Ecah said...

lama dah x main lompat guna getah skiping nihh