Wednesday, January 26, 2011

RINDU.....



SALAM...

Rindunye dgn dua org budak ni...

Rindu nak gaduh dgn diorang...

Rindu nak arah2 diorang....

Rindu sgt2....

Friday, January 21, 2011

I'M BACK....

SALAM...

Hai everybody...long time no see la..hehe..

dah lame aku x update blog ni sebenarnye..adalah dalam 2 bulan lebih...nak wat mcm mana, kat rumah xde 3G...walaupun dah kurg sorg follower...sedih2..huhu

alhamdulillah, aku skrg ni tak la jd "PENANAM ANGGUR" lagi...syukur pd Allah yang dah limpahkan rezeki untuk diri ini..

aku skarg dpt keje jd guru sandaran (gantian) di SK Ramuan China Kechil..dekat je dgn kampung aku..

seronok keje kat sini..cikgu dia peramah dan tak sombong macm cikgu2 bandar yang aku pegi masa praktikum..

sekurang2nye aku dapt cari pengalaman sebelum jadi guru yang sebenar..

mula2 agak berat hati jgak nak keje sebb pk kan keje kat rumah..kesian dgn mama n baba yang tinggal berdua je kat rumah tu..tp untuk mencari sesuap nasi, aku terpaksa pergi..(ececeh, poyola plak)..hehe..

k la..cukup setakat ni jer..aku just nak bg tau korg sume yg aku ni bernafas lagi...insyaAllah, ada umur aku update lagi blog ni..sian dia..bak kata along aku "DAH BERSAWANG BLOG KO YANAH"...HUHU...ok la tu, baru bersawang belum ada labah2 lagi...daaaa :)

Wednesday, November 24, 2010

PERKEMBANGAN DIRI AKU....


SALAM

perkembangan diri aku skrg..........

  • Alhamdulillah sudah menamatkan pengajian di Institut Perguruan setelah berhempas pulas memerah otak dan keringat selama 5 tahun setengah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah.
  • Sedang bercuti di rumah.. nak habiskan masa sepuas2nye dengan family tersayang selain menjadi "driver" dan "bibik" yg berhemah.
  • Menunggu masa untuk dipostingkan..tak tau la kat mane kene cmpak ni..harap aku tak berjauhan dgn mama dan baba.
  • Secara fizikal..emmm..ada org cakp dah semakin "berkembang"..tapi aku tgk cermin biasa jer (nak sedapkan hati)..hehe
  • Perkembangan emosi agak stabil...cuma kdg2 ada jugak terganggu..tetapi boleh diatasi..
p/s : ni jela perkmbangn diri aku skrg...akan datg Wallahualam..:)

DAH LAME TAK MEREPEK.....

SALAM...

Rasenye dah lame gak tak merepek dlm blog ni..so, bila ada kesempatan ni rasa nak merpek bnyak2 kat dlm blog ni..tp xleh merapu sgt..nanti ada plak yg menyampah..

p/s : mood untuk merepek bnyak2 kat blog ni....hehe

Tuesday, November 2, 2010

MEMORI TERINDAH....





SALAM..

Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun setengah aku bergelar pelajar PISMP...banyak memori suka dan duka bersama rakan-rakan yg tak kan dapat aku lupa kan..terima kasih kawan2 yg telah bersama-sama mengharungi kisah suka dan duka..maafkan andai tersalah bicara, terguris hati, tersalah tingkah..mohon seribu kemaafan..

p/s : bila lagi la kita dpt berkumpul dan berjumpa satu kelas mcm ni....KENANGILAH SEGALA MEMORI TERINDAH....2005-2010......

Friday, October 22, 2010

AIR MATAKU MENGALIR LAGI.......



Engkau menguji aku sekali lagi ya ALLAH..sungguh berat ya Allah ujian yg Engkau berikan kepadaku..air mataku mengalir teringat akan dirinya..Engkau kurniakanla kesihatan yang baik kepadanya Ya Allah..Engkau panjangkanlah umurnya Ya Allah..Engkau berilah ujian yang mampu ditanggung oleh ku Ya Allah..Jika ini ditakdirkan untuk diriku, aku redha Ya Allah...aku redha...

Monday, October 11, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Ni sedikit gambarnya







Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh
Sumber:
Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.


Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.


Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.


"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.


Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.


"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.


"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.


Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.


"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.