Thursday, April 7, 2011

SUDAH 3 BULAN....

SALAM...

Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik dah masuk 3 bulan aku bergelar seorang guru...seronok rasenye bila dah bekerja dan menjadi seorang manusia yang berguna...sepanjang 3 bulan kat sekolah ni, aku rasa happy dan tidak bnyak tekanan yang aku hadapi...cikgu2 senior kat sekolah ni banyak membantu aku dari segi pengalaman dan pengetahuan..murid kat sekolah ni pun x ramai..setakat 84 org jer...ank2 murid aku pun x ramai..ada 9 org jer..huhu

aku harap sangat suasana macm ni akan terus berkekalan sampai bila-bila..aku happy kat sini..walaupun jauh dari keluarga, tapi untuk mencari rezeki, terpaksa jugak berjauhan dengan mereka...

selamat berkhidmat Cikgu Nor Ilyanah... :)

Wednesday, April 6, 2011

HARI GRADUASI YANG MENYEDIHKAN DAN MENGGEMBIRAKAN...

SALAM...

Alhamdulillah..setelah bertungkus lumus selama 5 tahn setengah, akhirnya aku dah bergelar graduan..tanggal 16 Mac 2011 aku telah mendapatkan segulung ijazah di PICC Putrajaya..banyak pahit manis aku tempuhi sepnjang majlis berlangsung..ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan..

aku gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakanku yang sentiasa aku rindui..aku gembira kerana ditemani oleh ahli keluargaku..aku gembira kerana banyak bunga yang diberikan kepada aku semata-mata mahu menghiburkan hati aku...

Tapi aku bersedih kerana hari yang cukup bermakna ini, mama dan baba tiada di sisi...hanya doa dan harapan yang mereka bekalkan untuk aku..di saat aku melihat rakan-rakan ku bergambar dan bergembira dengan ibu bapa masing-masing, aku hanya memandang sayu dari jauh..air mata aku mengalir tatkala aku selamat menggenggam segulung ijazah..air mataku mengalir tatkala aku mendengar suara baba dari corong telefon..air mata ini mengalir tatkala aku tidak dapat mendengar suara mama...dan...air mata ini mengalir mengenangkan jika mereka ada bersama di sisi aku...

Namun, aku redha..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...terima kasih buat along, angah, busu dan abg ngah yang telah berusaha menghiburkan hati aku yang sangat2 bersedih...tak lupa juga untuk Mohd Hairwan, insan yang turut cuba menghiburkan hati aku walaupun jauh dari pandangan mata....

Hari yang menggembirakan dan menyedihkan ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila...

Saturday, February 19, 2011

RUMAHKU SYURGAKU....



Rumah yang didiami sekarang......
berdekatan dengan sekolah..
rumah yang disewa dari felda....
i like it....

Tuesday, February 15, 2011

SEKOLAHKU RUMAHKU.....






SK LKTP TENGGAROH SELATAN.....

Sekolah tempat aku menabur bakti sebagai seorang guru..terletak di negeri Johor dalam daerah Kota Tinggi...mula berkhidmat pada 7.2.2011..............

Friday, January 28, 2011

BERDEBAR2 NI....


Giler punya kalut aku hari ni...

lepas member aku kol bg tau pasal posting, terus aku gelabah..dah la tengah kelas..nasib baik kelas dah nak habis..huhu..

sampai je bilik guru aku terus capai laptop, bukak laman web KPM, Utusan Online...tgk kat kpm tak kuar lagi..tp kat utusan dah kuar pasal posting...memg gelabah giler2..

aku terus kol mak usu, tapi tak angkat plak..aku tinggalkan msg jer..kol JPN (konfirm2 je dpt melaka)..dia suruh kol minggu dpn la plak..tambah lagi debaran aku.....

dlm paper tulis aku akan mengajar 7hb feb ni..harap2 la betul..tak larat nak tunggu dah.huhu

SUNGGUH BERDEBAR!!!!

Wednesday, January 26, 2011

RINDU.....



SALAM...

Rindunye dgn dua org budak ni...

Rindu nak gaduh dgn diorang...

Rindu nak arah2 diorang....

Rindu sgt2....

Friday, January 21, 2011

I'M BACK....

SALAM...

Hai everybody...long time no see la..hehe..

dah lame aku x update blog ni sebenarnye..adalah dalam 2 bulan lebih...nak wat mcm mana, kat rumah xde 3G...walaupun dah kurg sorg follower...sedih2..huhu

alhamdulillah, aku skrg ni tak la jd "PENANAM ANGGUR" lagi...syukur pd Allah yang dah limpahkan rezeki untuk diri ini..

aku skarg dpt keje jd guru sandaran (gantian) di SK Ramuan China Kechil..dekat je dgn kampung aku..

seronok keje kat sini..cikgu dia peramah dan tak sombong macm cikgu2 bandar yang aku pegi masa praktikum..

sekurang2nye aku dapt cari pengalaman sebelum jadi guru yang sebenar..

mula2 agak berat hati jgak nak keje sebb pk kan keje kat rumah..kesian dgn mama n baba yang tinggal berdua je kat rumah tu..tp untuk mencari sesuap nasi, aku terpaksa pergi..(ececeh, poyola plak)..hehe..

k la..cukup setakat ni jer..aku just nak bg tau korg sume yg aku ni bernafas lagi...insyaAllah, ada umur aku update lagi blog ni..sian dia..bak kata along aku "DAH BERSAWANG BLOG KO YANAH"...HUHU...ok la tu, baru bersawang belum ada labah2 lagi...daaaa :)