Wednesday, April 6, 2011

HARI GRADUASI YANG MENYEDIHKAN DAN MENGGEMBIRAKAN...

SALAM...

Alhamdulillah..setelah bertungkus lumus selama 5 tahn setengah, akhirnya aku dah bergelar graduan..tanggal 16 Mac 2011 aku telah mendapatkan segulung ijazah di PICC Putrajaya..banyak pahit manis aku tempuhi sepnjang majlis berlangsung..ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan..

aku gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakanku yang sentiasa aku rindui..aku gembira kerana ditemani oleh ahli keluargaku..aku gembira kerana banyak bunga yang diberikan kepada aku semata-mata mahu menghiburkan hati aku...

Tapi aku bersedih kerana hari yang cukup bermakna ini, mama dan baba tiada di sisi...hanya doa dan harapan yang mereka bekalkan untuk aku..di saat aku melihat rakan-rakan ku bergambar dan bergembira dengan ibu bapa masing-masing, aku hanya memandang sayu dari jauh..air mata aku mengalir tatkala aku selamat menggenggam segulung ijazah..air mataku mengalir tatkala aku mendengar suara baba dari corong telefon..air mata ini mengalir tatkala aku tidak dapat mendengar suara mama...dan...air mata ini mengalir mengenangkan jika mereka ada bersama di sisi aku...

Namun, aku redha..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...terima kasih buat along, angah, busu dan abg ngah yang telah berusaha menghiburkan hati aku yang sangat2 bersedih...tak lupa juga untuk Mohd Hairwan, insan yang turut cuba menghiburkan hati aku walaupun jauh dari pandangan mata....

Hari yang menggembirakan dan menyedihkan ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila...

3 comments:

'Cikgu Padi' said...

emmm...sabarlah ye..semua pasti ada hikmahnya....

ILYAH said...

pasti ade hikmah disebaliknya....:-)

gummybear said...

cikgu padi & along :

thank you...setiap yg berlaku pasti ada hikmah..