Thursday, July 28, 2011

HARIMAU MALAYA TETAP MENGAUMMM!!!!

SALAM...

Walaupun pasukan Malaysia tidak berjaya mara ke peringkat seterusnye, tp aku tetap berbangga dgn pasukan Malaysia...nak tau kenapa aku bangga?? sebab....

Malaysia tak pakai pemain IMPORT...still menurunkan pemain2 anak jati warganegara MALAYSIA...bukan pakai negara org lain punya pemain..cayalah MALAYSIA...

lepas ni fokus tuk kelayakan OLIMPIK plak...

AUMMMMMM!!!!

MALAYSIA VS SINGAPORE

vs




SALAM..

Siapakah yg akan berjaya mara ke peringkat seterusnya...

MALAYSIA atau SINGAPURA???

same2la kita nantikan malam ini...

semoga MALAYSIA berjaya mara ke peringkat seterusnya...

HIDUP HARIMAU MALAYA!!!!!!

Wednesday, July 27, 2011

HAPPY BIRTHDAY ALONG... :)

salam....

Rasenye belum terlambat lagi tuk aku wish HAPPY BIRTHDAY tuk along aku atau skrg aku panggil dia MAMA JUNIOR yang ke tuuuuttt pada 21 Julai hari tu...hehe...semoga along panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...serta sentiasa berbahagia di samping org2 yg tersayang termasukla aku..

HAPPY BIRTHDAY ALONG KU :)

Sunday, July 24, 2011

AIR MATA INI BEGITU MUDAH MENGALIR...

SALAM....

kenapa akhir2 ni aku cepat sgt menangis...rase senang jer air mata ni nak keluar..x perlu dipaksa2 lagi..aku akui lepas mama dah xde, aku jd mudh sensitif, cpt marah, senang menangis dan tersentuh bila ada org marah aku...kadg2 air mata ni kuar bila aku terus ingatkan mama..mcm td, aku telefon baba aku tuk tnyakan khabar..tiba2 aku jd sebak..aku thn air mata ni dr kuar..lepas baba letak jer telefon, aku terus menangis...

Memang dah ramai yg pesan kat aku supaya aku lebih tabah hadapi semua ni..yer, memg aku cuba tuk tabah..tp setiap kali aku cuba tabah, setiap kali itulah ingatan aku terhadap mama semakin kuat..aku terlalu rindu nak dgr suara mama, tatap wajah mama, bergurau dgn mama...dan setiap kali itu lah aku menangis dan terus menangis...

tp, aku akn cuba jugak tuk menjadi lebih tabah..aku masih ada baba, along, angah, idah dan adik...aku masih ada nenek dan atuk..aku masih punya mereka...aku harus tabah untuk mereka...air mata ini, tolongla jgn kau tumpah lagi...

Tuesday, July 19, 2011

BLOG SI CIKGU GUMMY....

SALAM...

Untuk pengetahuan semua, Si Gummy Bear ni telah membuat satu lagi blog iaitu BLOG SI CIKGU GUMMY....(http://cikgu-gummy.blogspot.com)...blog terbaru ni berkisarkan tentang aktiviti sepanjang saya menjadi seorang guru prasekolah....semoga kita sama-sama dpt berkongsi ilmu dan bertukar2 pendapat yer :)

Friday, July 15, 2011

GILIRAN AKU SUDAH SELESAI :)


SALAM...

Alhamdulillah...selesai sudah temuduga SPP semalam (14 Julai 2011, 7.30 Pagi) di Bahagian Teknologi Pendidikan, Skudai..antara soalan yg aku dapat :

1) Matlamat Pendidikan Negara
2) Transformasi Kerajaan.

semoga aku lulus dengan jayanya...InsyaAllah :)