Thursday, May 17, 2012

TOLONGLAH BERI AKU PELUANG...

SALAM..


kenapa ramai yang beranggapan org yang bertudung labuh ni tidak baik?? aku tertanya2..ramai yg mempertikaikan kenapa aku memakai tudung labuh ni sedangkan sebelum ini aku dah cukup menutup aurat dengan memakai tudng bawal bidang 60..salah kah aku ingin berubah ke arah yg lebih baik dr sebelum2 ni....

soalan2 ni sering bermain dalm fikiran aku dan sering dilemparkan oleh org2 yg tertentu...aku perlu memberi jawapannya supaya mereka ini tidak mempertikaikan lagi perubahan aku ini...

1) Aku rase diri ini belum cukup sempurna sebelum ni..bnyak dosa2 yg telah aku lakukan..dengan memakai tudg labuh ni,aku dapat memelihara diri aku dr berbuat perkara yang dilarang Allah..

2) Aku dah lama nak pakai tudg ni sejak dibangku sekolah lagi..tapi ada sahaja halangannya dan aku masih belum kuat untuk menghadapi pelbagai tohmahan..tapi sekarang, aku sudah betul2 bersedia untuk memakai tudung ni kerana aku rasa tenang dan diri aku sentiasa dekat dengan ALLAH..

3) org ckp bila dah pakai tudg labuh ni perlu berubah secara total..tak boleh nak buat salah langsung..tapi,aku ini manusia biasa yang bisa melakukan pelbagai kesalahan..org yg bertudung labuh ini tidak sempurna..aku perlu berubah perlahan2 untuk menjadi yang lebih baik..

4) Dah pakai tudg labuh tak boleh pakai tudg lain dah...sape kata...aku kdg2 selang selikan dgn pemakaian tudg bidang 60..tapi masih lagi menutup aurat yang selalu wanita abaikan iaitu kaki dan lengan..aku perlu perlukan masa untuk memakai tudg bulat sepenuhnya kerana aku masih baru ke arah ini...

5) Org yg pakai tudg labuh ni akan sentiasa difitnah dgn mcm2 fitnah..biarlah mereka dgn fitnah mereka..sesungguhnya memfitnah itu lebih teruk dr membunuh...aku x mampu menutup mulut orang..tp aku hanya mampu berdoa supaya Allah tetapkan iman aku..

tolonglah..berilah aku peluang untuk mencari redha Ilahi..cukuplah sebelum ini bnyak halangan yg aku tempuh untuk memakai tudg labuh ni...dah mcm2 jenis fesyen tudg aku cuba sebelum ni..tp tudg labuh ini lah yg aku cr dan sesuai dgn jiwa aku..tolglah fahami kehendak hati ini..jgnlah halang diri ini lg untuk berubah ke arah yang lebih diredhai Allah..

p/s : tolonglah ingat kenyataan ni bahawa aku berubah bukan kerana sesiapa dan disuruh oleh sesiapa tapi hanyalah kerana Allah...

2 comments:

Nor Hayati Sapii said...

Alhamdulillah kerana berjaya berhijrah ke arah yang lebih baik. Memang menjadi kebiasaan, perkara yang baik akan selalu diuji dan ditentang oleh segolongan besar orang. Perlukah kita mendapatkan majoriti untuk merasakan apa yang kita lakukan itu baik? Tidak perlu! Nabi Allah Nuh berdakwah selama lebih kurang 950 tahun, hanya lebih kurang 80 orang sahaja yang beriman. Majoriti yang lainnya 'lemas' dalam kekufuran; lalu dilemaskan sekali lagi oleh Allah dalam banjir besar!
Adik, you're doing the right thing. Teruskan, istiqamah dengan pilihan itu. Sememangnya orang yang menutup aurat dengan sempurna akan insya-Allah dicampakkan rasa tenang dan selamat dalam dirinya.

Wallahualam.

gummybear said...

alhamdulillah..terima kasih kak atas nasihat dan dorongan akak..insyaAllah saya akan terus beristiqamah atas perubahan ini :)