Tuesday, April 19, 2011

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA...

SALAM...

Ya Allah, Engkau permudahkanla segalanya mlm ini...Engkau selamatkanla angahku dan bayi sulungnya...Engkau permudahkanla pembedahannya malam ini...ameen...

Thursday, April 14, 2011

GAMBAR TERAKHIR....


SALAM...
Inilah gambar terakhir bersama arwah mama yang tercinta....
17 Mac 2011

Tuesday, April 12, 2011

MAMA.....PERGIMU UNTUK SELAMANYA....

SALAM...

Bertarikh 9 April 2011, tepat jam 6.20 am..aku kehilangan mama yang paling aku sayang untuk selama-lamanya..hilang sudah tempat untuk mengadu..hilang sudah tempat aku bermanja..hilang sudah insan yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan..hilang sudah insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku....

mama..hilang sudah derita yang mama tanggung selama bertahun2...pergimu dalam tenang..wajahmu terukir senyuman tatkala aku mengucup dan memandikan jenazahmu...mama..yanah tidak sempat jumpa dgn mama tuk kali yg terakhir..mama pergi tak meninggalkan sebarang pesan..hanya sekujur tubuh yang kaku yang sempat yanah lihat..mama..tidurlah mama..tidurla dgn lena..damailah mama di sana..

yanah rindu sgt2 dgn mama....al-fatehah..

Thursday, April 7, 2011

SUDAH 3 BULAN....

SALAM...

Alhamdulillah...pejam celik, pejam celik dah masuk 3 bulan aku bergelar seorang guru...seronok rasenye bila dah bekerja dan menjadi seorang manusia yang berguna...sepanjang 3 bulan kat sekolah ni, aku rasa happy dan tidak bnyak tekanan yang aku hadapi...cikgu2 senior kat sekolah ni banyak membantu aku dari segi pengalaman dan pengetahuan..murid kat sekolah ni pun x ramai..setakat 84 org jer...ank2 murid aku pun x ramai..ada 9 org jer..huhu

aku harap sangat suasana macm ni akan terus berkekalan sampai bila-bila..aku happy kat sini..walaupun jauh dari keluarga, tapi untuk mencari rezeki, terpaksa jugak berjauhan dengan mereka...

selamat berkhidmat Cikgu Nor Ilyanah... :)

Wednesday, April 6, 2011

HARI GRADUASI YANG MENYEDIHKAN DAN MENGGEMBIRAKAN...

SALAM...

Alhamdulillah..setelah bertungkus lumus selama 5 tahn setengah, akhirnya aku dah bergelar graduan..tanggal 16 Mac 2011 aku telah mendapatkan segulung ijazah di PICC Putrajaya..banyak pahit manis aku tempuhi sepnjang majlis berlangsung..ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan..

aku gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakanku yang sentiasa aku rindui..aku gembira kerana ditemani oleh ahli keluargaku..aku gembira kerana banyak bunga yang diberikan kepada aku semata-mata mahu menghiburkan hati aku...

Tapi aku bersedih kerana hari yang cukup bermakna ini, mama dan baba tiada di sisi...hanya doa dan harapan yang mereka bekalkan untuk aku..di saat aku melihat rakan-rakan ku bergambar dan bergembira dengan ibu bapa masing-masing, aku hanya memandang sayu dari jauh..air mata aku mengalir tatkala aku selamat menggenggam segulung ijazah..air mataku mengalir tatkala aku mendengar suara baba dari corong telefon..air mata ini mengalir tatkala aku tidak dapat mendengar suara mama...dan...air mata ini mengalir mengenangkan jika mereka ada bersama di sisi aku...

Namun, aku redha..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...terima kasih buat along, angah, busu dan abg ngah yang telah berusaha menghiburkan hati aku yang sangat2 bersedih...tak lupa juga untuk Mohd Hairwan, insan yang turut cuba menghiburkan hati aku walaupun jauh dari pandangan mata....

Hari yang menggembirakan dan menyedihkan ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila...

Saturday, February 19, 2011

RUMAHKU SYURGAKU....



Rumah yang didiami sekarang......
berdekatan dengan sekolah..
rumah yang disewa dari felda....
i like it....

Tuesday, February 15, 2011

SEKOLAHKU RUMAHKU.....






SK LKTP TENGGAROH SELATAN.....

Sekolah tempat aku menabur bakti sebagai seorang guru..terletak di negeri Johor dalam daerah Kota Tinggi...mula berkhidmat pada 7.2.2011..............