Hari ini aku agak terkejut kerana mendapat panggilan dari baba (panggilan untuk ayahku)..Baba jarang menelefon aku kecuali ada perkara-perkara penting yg ingin diberitahu..selalunya Mama yg telefon..Baba mempringatkan aku tentang sesuatu yang sangat penting dan berharga buat diriku...
Baba : Yanah, hari ni boleh sembahyang?
Aku : Boleh ba, kenapa?
Baba : Malam ni malam 20 Ramadhan, malam2 yg akan tibanya Lailatul Qadar. Banyak kan
amalan, doa banyak2 untuk diri, umat islam dan terutama sekali keluarga kita.
Aku : Baik ba..
Peringatan ini terus membuatkan aku tersedar bahawa malam ini dan malam2 terakhir Ramadhan adalah malam yang dilimpahi dengan rahmat. Aku akan ingat pesanan baba ini dan akan cuba untuk memperbanyakkan amalanku...InsyaAllah...
p/s : manusia memg sentiasa perlu diberi peringatan kerana manusia sentiasa alpa dan leka :)
3 comments:
khas untuk anak laki dia yang sorang ni jer... opsss.
tlg sikit ek..anak perempuan ek...
Same2lah kita beramal
Post a Comment