Saturday, February 20, 2010

LIMAU PAGAR VS LABU...HEHE



SALAM..

Korang kenal x limau pagar macm mana? aku tak kenal, tapi kakak aku cakap bentuk dia mcm botol susu dan orang cina guna tuk sembahyang..family aku memg nak cari limau pagar ni nak wat ubat.. Hari tu, aku dengan baba pergila kat Maydin MITC..tengah belek2 sayur, tiba2 terpandang satu buah ni.bentuk dia memag mcm botol susu..aku pun dgn exitednya cakap kat baba..

Aku : Ba, ni ke limau pagar?..bentuk dia mcm botol susu..

Baba : Ye kot..bentuk pun mcm botol susu..
Aku : Limau pagar guna tuk sembahyang kan?
Baba : Ha'ah..ni siap ikat reben merah ni..
Aku : Cuba baba tanya pekerja dia.
Baba : Dik, ape nama buah ni?
staff maydin : Ni labu...


aku dengan baba pun dengan muka selamba ckp "Owh..Labu"..huhu..aku dah siap send mms kat angah nak tanya betul ke ni limau pagar..along dgn angah kat rumah punyala gelak sakan kat aku..sengal betul..kata bentuk mcm botol susu.labu sayung tu pun bentuk dia macm botol susu gak..apela..huhu

Friday, February 12, 2010

TERCIUM KERETA ORANG...HUHU

SALAM

Hari selasa hari tu (7.2.2010), aku tercium belakang kereta sorang pak cik ni..tragedi ni berlaku kat Shah Alam, dekat roundbt..aku tgh leka duk pandang kanan, tak sedar kete pak cik ni x gerak lagi..nasib bek la aku sempat tekan brek..kalo x, selamatla aku dunia akhirat..huhu..pakcik tu siap suruh aku berhenti tepi. aku pun berhentila..aku dgn muka simpati pun kuarla..pak cik tu tgk bumper dia, just calar sikit jer..dia pun tersenyum ckp "xpe2"..aku pun ckp "mintk maaf p.cik"..dia senyum lepas tu bla..aku pun teruskan perjalanan aku dengan tangan dan kaki yg menggigil...huhu...cuak, sebab x pernah berlaku mcm ni..

bila citer kat mama, kene tembak bertubi2..aku pun menadah telinga dgn khusyuknya..huhuhu..smpai skrg aku fobia nk follow belakang kereta org dekat2..huhu

p/s : nsib baik x langgar buntut BMW or Merc..kalo x, habisla elaun aku tuk satu sem..huhu :)

Thursday, February 11, 2010

SUKA DENGAR LAGU NI....

Kasihku Abadi
by In-Team

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

L A TAHZAN...


SALAM...

Yanah, jgn sedih2..walaupun banyak ujian dan dugaan selalu dtg bertubi2, Allah tetap ada..Allah hanya nak menguji sejauh mana tahap kesabaran diri mu..kau dah banyak hadapi bermacm2 dugaan dlm hidup, kau mampu hadapi..Allah hanya akan memberi ujian yang mampu ditanggung oleh hambaNya..La Tahzan Yanah...

p/s : Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu merinduinya...

Wednesday, February 10, 2010

DIRI SEPERTI ANAK KECIL


SALAM

Hari ni turn aku mengajar..aku rasa happy dan semangat sangat mengajar hari ni..aku rasa diri aku seperti anak-anak kecil yg berumur 5-6 tahun..aku enjoy mengajar diorang. Macm2 aktiviti yang aku wat ari ni tuk diorang setelah penat membaca dengan guru pra.. aku main lompat2, aku menyanyi, aku buat bunga..seronok sangat2..aku rendahkan tahap kematangan aku untuk mereka..walaupun kadang2 aku bersifat tegas dengan diorang..ternyata mereka enjoy bila aku mengajar..ini lah dunia prasekolah yang sebenarnya..

p/s : nampak mudah, tetapi hakikatnya hanya guru pra yang tahu :)

Tuesday, February 9, 2010

BILA AKU MULA MENGAJAR..


SALAM...

Semalam aku dah mula mengajar..walaupun aku tak ada mood semalam, aku tetap teruskan pengajaran untuk anak didik aku..bila aku dah stat mengajar, faham2 jela..aku menggunakan suara emas aku ni untuk mengajar kanak-kanak ni..sejak guna kurikulum baru ni, aku jadi pening sikit..hilang arah tuju untuk mengajar. lagi pun dah lame aku tak mengajar.

budak2 aku tahun ni ok la..walaupun ramai yg jenis manja dan cengeng. sikit2 nak menangis..kalo adik aku dah lame da aku tempeleng..huhu..nasib bek anak orang..sekarg ni aku dah stat bz..dengan slot sampai 5,6 satu hari..jenuh nak perah idea..

harap2 praktikum kali ni aku dapat wat yg terbaik macm sem lepas..sem lepas aku berjaya dapatkan A-..dan kali ni aku harap dapat wat yang lebih baik..InsyaAllah..

p/s : tak lupa jgak tuk kajian tindakan aku yang belum2 stat lagi ni..hihi :)

Monday, February 1, 2010

CIKGU YANAH KEMBALI LAGI..HEHEHE


SALAM...

Hari ni, hari 1st aku pegi praktikum untuk fasa yang ketiga..aku dapat sekolah kat Shah Alam..hari pertama ni biasala, bangun awal.pukul 5.30 dah bangun. pukul 6.40 dah gerak sebab takut jalan sesak kat federal highway tu..hari 1st jugak aku dah sebarkan virus kat sekolah tu..virus selsema..huhu..

pandangan pertama aku terhadap sekolah tu kira ok la..tak lah strict sangat. guru besar dia pun sempoi jer..yang penting!!! makanan kat kantin dia sangat sedap, sangat banyak dan sangat murah ye..aku ni paham2 jer, pantang bab2 makanan ni..perut memg sentiasa berbunyi jer..hehe..


aku stat mengajar minggu depan. minggu ni aku rilex dulu tgk cikgu mengajar. al maklumla, kurikulum baru. aku tak faham sangat..hope praktikum last ni akan meninggalkan kenangan yang terindah buat aku sebelum aku dipostingkan..


p/s : murid2, nantikan kedatangan cikgu yanah ye..hehehe :)