Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU...


SALAM..

Tanggal 16 Mei, adalah hari yang cukup membanggakan bagi aku kerana aku sendiri akan meraikan hari guru bersama-sama guru-guru yang lain. Kalau dahulu aku mengucapkan selamat hari guru untuk cikgu-cikgu aku, sekrg aku sendiri mengucapkan kalimah itu untuk diriku sendiri. Aku tidak menyangka bahawa aku akan menjadi seorang guru mengikut jejak langkah mama dgn baba.

Aku ingat dulu masa mula-mula baba apply kan aku masuk maktab. Aku merungut. Aku nak masuk U macam along dgn angah. Aku dapat jugak tawaran masuk UiTM kat Segamat. Aku dapat kos Sains Kuantitatif.Bagi aku masuk maktab ni kira kelas bawahan. Dahla masuk maktab, ambik kos prasekolah pulak tu. Nak tak nak aku terpaksa jugak masuk maktab yang pada awalnya demi peluang kerjaya. Setelah masuk ke Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, aku belajar selok belok menjadi seorang bakal guru. Aku menghabiskan faundation aku selama 1 tahun stengah di sana sebelum dipindahkan ke Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia untuk menghabiskan Ijazah aku dalam Prasekolah selama 4 tahun.

Sekarang betapa aku bangganya menjadi seorang bakal guru setelah 5 tahun setengah bergelumang dgn pengajian sebagai seorang guru. Aku bangga walaupun aku hanya seorang guru PRASEKOLAH. yang penting aku adalah seorang GURU yang BERIJAZAH, tidak kiralah opsyen apa sekalipun. Dan sekarang aku tahu betapa tingginya martabat sebagai seorang GURU dan betapa besarnya pengorbanan seorang GURU.

P/S : SELAMAT HARI GURU UNTUK MAMA, BABA, ANGAH DAN JUGA GURU-GURU SELURUH DUNIA..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA :)

3 comments:

anastasia said...

Yg kat bwh tu mcm ayat aku jer...hahahahha

Unknown said...

thank you.. :))

gummybear said...

along : yanah tulis dulu ek..huhu

angah : sama2 :)