Wednesday, May 9, 2012

RESTU...

SALAM...
BERKONGSI UNTUK PERINGATAN BERSAMA....

Dulu, lepas UPSR aku nak masuk sekolah agama berasrama..tp ayah aku tak izinkan..aku pegilah sekolah menengah harian biasa sampai form 3..hati memberontak jugakla..habis form 3, aku masuk sekolah teknik..aku nak masuk perdagangan, tp ayah aku nak aku masuk sains pertanian..aku ikutkan jugak...habis SPM, aku apply universiti dengan Institut Perguruan (IPG)..masa mohon IPG, aku nak mintak opsyen Matematik,tapi ayah aku suruh mintak Prasekolah..ikutkan jugak...bila dapat tawaran masuk UiTM dgn IPG,aku nak masuk UiTM,tapi ayah aku suruh masuk IPG..sedih jugak hati ini sbb kakak2 aku semua masuk U,aku je kat IPG..

***************************

Setelah 5 tahun setengah menuntut ilmu kat IPG, sekarang ni hasilnya...aku berjaya menjadi seorang GURU..org panggil aku CIKGU...Alhamdulillah..aku berjaya dengan diiringi restu Ibu dan Ayah aku...walaupun aku tidak dapat ape yang aku mahukan,tapi aku tau setiap ibu dan ayah sentiasa nak yang terbaik untuk anak2 mereka..aku tidak membantah segala kemahuan ayah aku..sebb aku tau restu mereka sangat penting untuk aku meneruskan kehidupan...

P/s : TERIMA KASIH BABA DAN MAMA.....