Monday, June 22, 2009

BADMINTON DAH MULA KELUAR TARING..

2 gelaran dari Jakarta




SKUAD negara meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang berakhir di Jakarta, semalam.


Jaguh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei beraksi cemerlang apabila muncul juara selepas menang straight set ke atas lawan masing-masing.


Chong Wei yang juga juara 2007, menewaskan satu-satunya pemain harapan tuan rumah, Taufik Hidayat 21-9, 21-14 untuk meraih kejuaraan ketiganya tahun ini selepas terlebih dahulu menjuarai Terbuka Malaysia dan Switzerland.

Selepas saling bertukar servis di awal permainan, Chong Wei meraih sembilan mata berturut-turut untuk menang set pertama.


Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, mula bangkit apabila mendahului 7-1 di set kedua sebelum Chong Wei kembali menguasai permainan selepas meraih enam mata berturut-turut sebanyak dua kali sebelum menamatkan permainan dalam masa 31 minit.


"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing tahun lepas.


"Sebelum perlawanan, saya sangkakan peluang kami 50-50 tetapi saya kekal fokus sepanjang perlawanan.


"Taufik melakukan beberapa kesilapan. Pukulan smash yang dilakukannya sering terkeluar. Sasaran saya selepas ini adalah untuk menjuarai Kejohanan Dunia."


TERUSKAN USAHA...CAYOKKK!!!

No comments: