Friday, July 31, 2009

ALAHAI ANAK MURIDKU...


"Cikgu, Calvin nak buang air besar.."

hu3..ni la anak murid aku yang paling cute..masa tu kat stadium Bangi..tiba-tiba dia datang kat aku cakap "Cikgu, Calvin nak buang air besar".. Allah, mane pulak aku nak cari toilet tengah sibuk2 ni..last2, aku suruh abang dia bawak kan adik dia ni pergi toilet..he3..tapi aku pastikan Calvin datang balik ke khemah supaya aku dapat pastikan dia selamat..

Thursday, July 30, 2009

JAHAT, KEJAM, ZALIM !!!!!!

aku geram...kanapa jahat sgt? knapa kejam sgt? kenapa zalim sgt?? apa salah dia..dia tak tau

apa2..dia tak bersalah.. kenapa hukum dia?? dia budak kecil yang masih mahu mengenal

dunia..aku benci sapa yang aniaya dia...kenapa x fikir pakai otak? Allah bagi akal untuk berfikir

yang mana baik dan yang mana buruk..bukan main belasah jer ikut suka...aku benci kau ! aku

benci kau !.. kalau terjadi apa-apa dekat dia aku tak kan lepaskan kau.....

Wednesday, July 29, 2009

TEGURAN PERTAMA...

1) suara kamu agak garang, tetapi bila tengok ekspresi muka senyum, manis..ini agak kontra..

2) pelbagaikan intonasi suara awak..lembutkan suara bila perlu, tidak perlu garang sepanjang masa..

3) pengawalan kelas kamu agak longgar..

4) laksanakan pelbagai aktiviti yang menarik..

5) perbezaan bunyi tidak jelas..

tu la dia teguran pertama dari seorang pensyarah yang telah observe aku pada hari ini..mula2 dengar agak kecewa jika dibandingkan dengan rakan aku..tapi aku harus sedar bahawa ini adalah sebahagian proses pembelajaran..belajar melalui kesilapan..jangan ulangi pada sesi pengajaran akan datang..perlu berfikiran positif dan menerima teguran dengan hati yang terbuka..

p/s : rajin2 wat bahan bantu belajar yang menarik..jangan malas-malas..CAYOK!!!!

tak pasal2 naik pentas..

semalam sekolah aku buat aktiviti senam robik...mula2 aku dgn member aku tak terlibat.kitorang hanya duduk kat bawah pentas je..malas nak mencapap naik pentas..tapi adalah sorang mamat ni, member praktikum aku jugak pergi cakap dekat GPK koku yang kitorang tak naik..apa lagi, GPK koku nampak jer kitorang terus suruh naik atas pentas..

mula-mula wat senamrobik..aku ikut jer pergerakan tiga orang mamat ni yang sepatutnya diorang jer yang kene buat..dah la tak ready apa2...main belasah je la buat..ntah pergerakan apa pun aku tak tau la..i follow jer la..hu3..

lepas wat senam robik, kene wat poco-poco plak..tapi nasib baik bukan aku yang kene wat kat atas pentas tu..dah la gerakan poco-poco pun berserabut..aku tak faham la apasal lah suka sangat wat poco-poco tu..lagi-lagi orang perempuan..gerakan dia sama jer..bagi aku membosankan dan tak mencabar langsung..hu3..

lepas ni tak tau la diorang buli apa plak..

Monday, July 27, 2009

PEMERGIANNYA AMAT DIRASAI


siapa yang tak kenal dengan pengarah filem dan iklan yang popular, Yasmin Ahmad. Secara tiba-tiba beliau pergi meninggalkan kita semua. pemergiannya amat dirasai sehingga ke negara jiran, Singapura.

Banyak filem dan iklan beliau yang telah mendapat anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Filem dan iklan arahan beliau banyak mengisarkan kepada kehidupan sebenar rakyat malaysia.

antara iklan yang banyak meninggalkan kesan dan menusuk kalbu : iklan lembu, Hei Raju, Burung apa?, jalan harus ke depan bukan ke belakang..lepas ni dah tak de dah iklan-iklan macam ni..dah tak teruja untuk menunggu iklan raya petronas..

semoga arwahyarham Yasmin Ahmad ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah....

Thursday, July 23, 2009

LETIHNYERRR...

Penatla nak pk wat Rancangan Pengajaran Harian (RPH)..dengan slotnye lagi..dah beku idea da ni..tak tau nak wat aktiviti aper...jumaat ni nak kene observe minor (Muzik)..letih perah otak nak reka lagu..dah la tema kenderaan air..lagu bukannya banyak..hu3...waaaaa letih sangat..

Friday, July 17, 2009

SEDIH DENGAN BANGSA MELAYU SENDIRI.....

sedih dgn sikap org melayu kita sendiri..td aku bca blog dr M..aku bca komen2 tentg PPSMI..ada yg setuju dimansuhkan, ada yg tak setuju dimansuhkan...yg sedihnya hamba allah yg tak setuju ni adalah bangsa MELAYU sendiri..kenapa mereka berfikiran begitu???

ada yg bagi alasan sebab benda ni dah dijalankan selama 6 tahun, knapa perlu dimansuhkn? siap bagi pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"..bleh plak bg pepatah melayu, ingat kan dah tak reti cakap melayu...

diorg sume x pk apa yg akan jd dgn budk2 melayu akan datang..aku ada sorg membe, dia dpt sekolah elit kat kl..cuba korg bayangkan, nak ajar BM pun kene ckp dlm bahasa inggeris..sume budk2 melayu yg mak bapak diorg kaya raya..macm mane tu smpai nk ajar BM pun dlm BI..ckp BM langsung tak tau..generasi ni la yg akan hilangkan BM dari muka bumi ni..sedihnyer..

yg lagi kesian dengan budk2 luar bandar yg tak dapat banyak kemudahan..nak ckp bi pun diorg tak boleh, ni kan nk blajar sains dgn math dlm BI, lagila diorg tak boleh..yg duk luar bandar ni kebanyakannya anak-anak melayu sendiri..tak kan kita nak tgk bangsa melayu kita sendiri tertinggal di belakang?? korg tak kesian ke?? lu pk la sendiri...

wahai bangsa2 MELAYU yang tak setuju dgn pemansuhan PPSMI, korg pk lah tentang bangsa kita ni yg makin lama makin hilang kedaulatan dan identitinya..jgn nak pk tntg diri sendiri..jgn nak tiru identiti org lain..jgn nak hipokrit..jadilah diri kita yg sebenar yg menyanjung tinggi martabat, jati diri dan identiti MELAYU kita sendiri...

Wednesday, July 15, 2009

SIHIR...kenapa manusia ini terlalu kejam??

pernah tgk citer Puaka Niang Rapik, Keliwon, Kekasihku Seru? semuanya berkisarkan tentang syaitan, sihir, jin, dan hantu..korang percaya tak sumer ni? aku yakin ada yang percaya dan ada yang tak percaya...kalo dah alami sendiri barula boleh percaya..kalo setakat dengar dari mulut org, aku yakin ramai yang 50,50..

sihir, satu perbuatan yang bagi aku tersangatla kejam..sihir ni berlaku bila makhluk yang dipanggil khalifah Allah di muka bumi, yang mempunyai akal fikiran dan yang boleh berfikir menggunakan makhluk yang telah menghasutkan manusia ke jalan kesesatan (Syaitan) untuk mengenakan manusia yang tidak berdosa dengan pelbagai cara yang penting KEJAM!!!

kenapa manusia ini sering mengamalkan sihir? sebab DENGKI DENGAN KEBOLEHAN, KESENANGAN DAN KELEBIHAN ORANG LAIN...yeah, that's why la manusia ini mengamalkan sihir..

aku ada seorang sahabat yang telah dikenakan sihir oleh saudaranya sendiri..aku telah melihat dengan mata kepalaku sendiri..aku sendiri yang telah bacakan yassin untuk keluarganya..aku sendiri telah melihat bagaimana mak dan adiknya dirasuk sehingga membuatkan badan mereka terasa lemah..semasa adiknya di rasuk, ayahnya telah melaungkan azan dan syaitan yang telah merasuk ke dalam badan adiknya tidak tahan dan telah mengaku ia dihantar oleh seseorang..yang menyedihkan, yang menghantar syaitan tersebut adalah saudaranya sendiri..SUBHANALLAH...

ini lah manusia, disebabkan IRI HATI, DENGKI, sanggup menganiaya keluarga mereka sendiri..

semoga keluargaku sentiasa dilindungi Allah...

Thursday, July 9, 2009

YEAH!!! PPSMI DIMANSUHKAN..

tang ni yg aku suka dengar..PPSMI DIMANSUHKAN...dah x payah lagi nak terbelit2 lidah budk2 ni nk belajar bahasa kedua tu dalam math dgn sains..kalo budk bandar may b lah boleh catch up..tp cuba pk mcm mane dgn budk2 luar bandar, org2 asli kat pedalaman sane yg x dpat banyak kemudahan..diorg akn jadi lagi terpinggir..kesian kat diorg..

dah lame aku tunggu berita gembira ni..thanks la sape yg dah wat keputusan ni..walaupun makan masa yg bertahun2 jgak la nak tunggu keputusan ni..walaupun aku ni bakal cikgu pra, tapi aku jugak turut rase tempiasnye..

Sebenarnye kalo blajar sains dengan math dalam BM pun penduduk Malaysia ni boleh berjaya la..dah ramai dah bdk2 kita dulu yang belajar math dgn sains dalam bm jd doktor, lawyer, engineer..ape lagi..xde masalah pun..bila dah tukar dalam BI lagi bnyak masalah yg aku tgk..

aku harap keputusan ni akan kekal samapi bila2..jgn ada lgi org yg gatal2 nak tukar..semoga bahasa ibunda kita (BM) akan terus terpelihara.

HIDUP BM!!!

SORRY....

sory le..lame x update blog ni..sejak dua menjak ni bz sikit.sekarg ni aku tgh praktikum..sedr x sedr dah masuk 2 minggu dah aku praktikum kat kajang ni..jgn mare ek..hu3..

Praktikum kali ni bg aku tak la tension sgt mase sem lepas..sem ni rileks sikit la..pukul 7.15 baru gerak dr rumah..hu3..yg penting hari ni aku lewat 5 minit..bukan salah aku ek..jam kat komputer tu setting cepat 7 minit..jam aku baru 7.25...sabar je ler..

yg penting sekolah ni baru nak wat sukan..aku dpt rumah kuning..boleh dikatakan corot jugak la..ni la nasib aku..asyik dpt rumah yg tercorot jer..dr aku sekolah rendah sampai dah nak jad cikgu ni..mgkin dia tau aku ni pun jenis malas nak turun latihan rumah sukan, tu yg dapat rumah sukan tercorot..hu3..

ni lagi satu masalah, nk g sekolah kene lalu tol RM1 la..kalo ulang alik dah RM2..aku rasa org yg jaga tol tu pun dah cam kete dgn muka aku ni..ni lg satu masalah..bila la elaun nak masuk ni..aku makan kat sini kene catu tau x..dah bulan 7 ni x masuk2 lagi..nk byr minyak lg, tol lagi..time praktikum ni la banyak pakai duit..diorg ni pun kesian la sikit kat aku ni..nasib2..

Sebenarnya aku dah xder idea nak tulis ni..tgh pk RPH dengan Slot aku yg tak siap lagi ni..problem sungguh aku ni..