Friday, March 26, 2010

BILA BABA (MY DAD) JADI CHEF..HUHU


SALAM..

Sejak mama x sihat sangat, baba aku rajin plak wat keje2 kat dapur..basuh pinggan, kemas dapur, goreng mee..baru2 ni mama cakap baba dah pandai masak lauk asam pedas..mama ckp baba masak sedap..huhu..memang aku x nafikan..memang sedap bila baba masak..masa aku balik cuti, baba gorengkan mee untuk aku adik beradik..berpinggan2 aku tambah..huhu..ada satu hari tu masa cuti jugak, niat aku lepas solat maghrib aku nak kemas dapur..tengok2 baba dah kemas dulu..aku pun terkejutla..ckp kat mama "ma, baba basuh pinggan"..mama cakap "kenapa pelik plak? masa korang xde, baba la yang basuh"..huhu..wa baba, yanah respect la kat baba..ni yang buatkan yanah jadi lagi malas..hehehe..

p/s : harap2 mama cpt sembuh..yanah sentiasa rindu nak makan masakan mama yang sedap tu..thanks tuk baba sebab sentiasa mengambil berat tentang keluarga kita..walaupun banyak ujian yang Allah turunkan untuk keluarga kita..I LOVE U MAMA, I LOVE U BABA... :)

Tuesday, March 23, 2010

APA SALAH MEREKA???

SALAM..

Post aku kali ni berkenaan dengan kanak-kanak pra yang sering dimarahi, ditengking, dipukul kerana tak tahu membaca..apa salah mereka?? Setiap hari aku mengalami situasi yang sama. Melihat dengan mata kepala sendiri kanak-kanak prasekolah yang kehidupannya lebih kepada BELAJAR MELALUI BERMAIN dipukul, dilempang, ditengking hanya kerana tidak tahu membaca. sebagai bakal guru prasekolah aku tidak suka situasi ini berlaku ke atas mereka. tugas guru pra adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang huruf, bukan untuk dipaksa membaca secara kekerasan..aku dulu seronok je masa pra, banyak kepada belajar melalui bermain. Alhamdulillah, aku boleh membaca dengan baik.

Ada satu lagi masalah..guru pra kadang-kadang berasa tertekan kerana jika murid tahun 1 tidak pandai membaca, guru pra yang akan dipersalahkan..aku ingat ayat GPK 1 yang poyo kat sekolah aku ni.. masa tu dia tanya cikgu pra aku "Berapa orang yang tidak boleh membaca? Pastikan semua kanak2 ni boleh membaca, kalau tidak awak yang kena"..ni la dia kata-kata yang keluar dari mulut manusia yang tak pernah mendalami dunia kanak-kanak..


aku banyak membaca tentang cara pembelajaran kanak-kanak prasekolah di luar negara. cara belajar mereka santai dan sempoi..tidak memaksa kanak-kanak ini..tidak memukul, melempang dan menengking jika tidak dapat membaca..mereka betul-betul menekankan konsep BELAJAR MELALUI BERMAIN..


P/S : kalau aku ditakdirkan mengajar prasekolah, aku akan pastikan semua ini tidak berlaku ke atas murid-murid aku..InsyaALLAH :)

Wednesday, March 10, 2010

SALAH KIRALAH..MALUNYER...


SALAM...

waaa..malunyer..aku dah salah kira post..sebenarnya bukan 100, tapi baru 95 post..tu la, semangat sangat nak sampai 100, tgk2 dah salah kira..ni nak buat pembetulan...huhu..

p/s : thanks sape2 yg tolong kira kan tuk aku..hehehe :)

Tuesday, March 9, 2010

100 BLOG POST...YEY!!!


SALAM..

Alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak aku menulis sebanyak 100 post..banyak cerita suka dan duka yang aku tulis kat dlm blog aku ni. Mula2 dulu aku saja suka2 xde keja tulis blog ni..tapi makin lama, makin seronok plak tulis blog ni..paling seronok jugak dapt baca blog2 orang lain and orang lain tu baca blog aku..thanks la sape2 yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni..blog aku ni banyak menceritakan kisah hidup aku..tak de kene mengena antara yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia..

p/s : bila dah 100 ni, lagi rasa nak tulis banyak benda..huhu :)

Friday, March 5, 2010

WAAA..LIPAS!!!!!

SALAM

Aku takut betul dengan serangga kecil ni...tak tau la nape..memg dari kecik kalo nmpak je lipas aku jadi takut..kadang2 sampai aku boleh menangis bila terlalu banyak..semalam bilik aku ada sekor lipas masuk. dia pergi kat bawah katil aku..nak dekat setengah jam jugak la aku tak turun katil.. nak suruh rumate aku buang, dia dah tido..lepas setengah jam,aku melompat dari katil aku then aku tinjau bawah katil. tgk2 ada kat tepi beg aku..aku tenung jer lipas tu..lepas tu aku pun panggil member aku kat bilik depan tlg buangkan, tapi tak dapat sebab dah lari kat tempat lain..sepanjang mlm tu aku diselubungi ketakutan..huhuhu..

aku memang tak boleh bla kalo nmpak lipas ni..meremang bulu roma aku..kalo kat rumah, nampak jer lipas aku suruh family aku bunuh..selagi tak bunuh aku tak boleh duk diam..kalo dah mati pun aku tak boleh pegang..jgn kata pegang, sapu dengan penyapu pun aku tak nak..teruknya aku punya takut..huhuhu

p/s : bnyak benda aku takut@geli antaranya : kumbang tanduk, belalang besar, labah-labah..hehe :)

Thursday, March 4, 2010

BERPISAH LAGI....

SALAM..

Apa perasaan seorang isteri yang baru berkahwin terpaksa berpisah jauh dengan suami tercinta?? Situasi ini dialami sendiri oleh angah aku yang baru jer berkahwin bulan 12 tahun lepas..baru2 ni suami dia dapat penempatan kerja di Sarawak..jauhnyer..kesian diorang..dah la angah aku mengajar dekat JB, suami dia pulak kat Sarawak..hari tu dia telefon dengar suara mcm baru lepas nangis..angah ckp "masin mulut ko yanah, abg ngah dapat kat Sarawak"..tau x nape angah ckp mulut aku masin, sebab ari tu aku saje je sakat diorang ckp "ntah2 abg ngah dpt kat Sarawak"..tup2, betul2 dpt kat sane..

Sebenarnye aku pun takut jugak bila pk kan Sabah dengan Sarawak ni..hujung tahun ni aku habis belajar..lepas tu posting..takut sgt kalo dpt pedalaman kat sana..semalam call mama, mama dgr berita ckp "guru baru yang ditempatkan di pedalaman akan dibenarkan berpindah selepas 3 tahun"..lagi haru biru dibuatnya..harap2 la tak..

p/s : angah, banyakkan bersabar..mst ada hikmah abg ngah dpt sana..nant nak g sane ajak yanah sekali ek..hehehe :)