Tuesday, March 23, 2010

APA SALAH MEREKA???

SALAM..

Post aku kali ni berkenaan dengan kanak-kanak pra yang sering dimarahi, ditengking, dipukul kerana tak tahu membaca..apa salah mereka?? Setiap hari aku mengalami situasi yang sama. Melihat dengan mata kepala sendiri kanak-kanak prasekolah yang kehidupannya lebih kepada BELAJAR MELALUI BERMAIN dipukul, dilempang, ditengking hanya kerana tidak tahu membaca. sebagai bakal guru prasekolah aku tidak suka situasi ini berlaku ke atas mereka. tugas guru pra adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang huruf, bukan untuk dipaksa membaca secara kekerasan..aku dulu seronok je masa pra, banyak kepada belajar melalui bermain. Alhamdulillah, aku boleh membaca dengan baik.

Ada satu lagi masalah..guru pra kadang-kadang berasa tertekan kerana jika murid tahun 1 tidak pandai membaca, guru pra yang akan dipersalahkan..aku ingat ayat GPK 1 yang poyo kat sekolah aku ni.. masa tu dia tanya cikgu pra aku "Berapa orang yang tidak boleh membaca? Pastikan semua kanak2 ni boleh membaca, kalau tidak awak yang kena"..ni la dia kata-kata yang keluar dari mulut manusia yang tak pernah mendalami dunia kanak-kanak..


aku banyak membaca tentang cara pembelajaran kanak-kanak prasekolah di luar negara. cara belajar mereka santai dan sempoi..tidak memaksa kanak-kanak ini..tidak memukul, melempang dan menengking jika tidak dapat membaca..mereka betul-betul menekankan konsep BELAJAR MELALUI BERMAIN..


P/S : kalau aku ditakdirkan mengajar prasekolah, aku akan pastikan semua ini tidak berlaku ke atas murid-murid aku..InsyaALLAH :)

4 comments:

'Cikgu Padi' said...

semangat itu yg kita mahu....teruskn usaha

gummybear said...

cikgu padi :
thank you..x sanggup nak tgk hari2 budak kene lempang..

Harizzamzuri said...

biasa la tuh.. sayang anak, tangan-tangankan.. pepatah lama pun da bgtau...

gummybear said...

hariz :

tangan2 kan pun biarlah tengok pada kesalahan yang dilakukan..