SALAM...
Kali ni teringin pulak rasanya nak menyampaikan ilmu kepada para sahabat berkenaan dengan Solat Sunat Dhuha...mcm mane nak solat dhuha? Bila nak kene buat? Apa kelebihannya solat Sunat Dhuha ni??? Jom kita baca entry ni smpai habis ek.....
1. Waktu solat Dhuha
Dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00-11.00 pagi). Dilakukan
sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 4,6,8 sehingga 12 rakaat dan setiap 2
rakaat dengan satu salam.
2. Cara Solat Sunat Dhuha
- Baca niat Solat sunat dhuha "sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah
Taala.
- Bacaan rakaat pertama Surah Al-Fatihah dan As-Syam.
- Bacaan rakaat kedua Surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
- Selesai salam membaca doa.
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
3. Kelebihan solat sunat dhuha :
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher
haaa..skrg dah tau kan bila,cara dan kelebihan solat sunat dhuha ni kan...jadi,marilah kita sama2 mengamalkannya....sekian,untuk perkongsian ilmu bersama :)
No comments:
Post a Comment