Friday, April 13, 2012

LELAKI MEMPUNYAI KUASA MUTLAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN...

SALAM...

Rasa tertarik dengan tajuk Liga Ilmu yang disiarkan di Astro Oasis di mana Imam Muda Vs Uztazah Pilihan malam td...ini bagi pandangan saya sendiri..lelaki mmg dijadikan di muka bumi ini untuk menjadi seorang pemimpin..lelaki perlulah sentiasa berada di hadapan wanita dan wanita perlu menjadi pendorong semangat kepada kaum lelaki.

*************************

Rasa nak tergelak pun ada dengan aksi ustazah pilihan yang pakai tudung warna kelabu (tak tau nama)...selalu lari dari topik perbualan..bercakap pun tidak menggunakan hadis dan dalil yang soheh berbanding dengan imam muda Fakhrul yang berhujah dengan menggunakan hadis dan dalil yang soheh..

**************************

Analoginya mudah sahaja...kita tgk dalam solat berjemaah..lelaki boleh menjadi imam kepada kaum lelaki dan wanita..tetapi,wanita hanya boleh menjadi imam kepada kaum wanita sahaja..mudah sahaja untuk memahaminye kan?...tak perlu nak analogi nasi lemak bagai...tetapi,tidak semua kaum lelaki di dunia layak untuk menjadi pemimpin...yang mempunyai kuasa yg mutlak hanyalah Allah S.W.T..

p/s : minta maaf kalau ada yg tersinggung membaca entry kali ini....sekadar untuk berkongsi ilmu :)


No comments: