Thursday, April 19, 2012

LIGA ILMU..

SALAM...

MENJAGA IBU BAPA TANGGUNGJAWAB LELAKI ATAU PEREMPUAN???

Rasa tertarik dengan tajuk yang diperdebatkan dalam liga ilmu malam ini..siapakah sebenarnya yang perlu lebih bertanggungjawab menjaga ibu bapa?? sebenarnya tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab semua anak-anak di muka bumi ini..tidak kiralah lelaki atau perempuan..ibu bapalah yg telah melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh..tetapi apa yang berlaku sekarang,ibu bapa dihantar di rumah kebajikan dengan alasan tidak mempunyai masa untuk menjaga mereka kerana sibuk mengejar duniawi.sedangkan ibu bapa boleh menjaga 10 orang anak,tetapi 10 orang anak tidak mampu menjaga dua orang ibu bapa...itulah yang berlaku pada zaman sekarang..

******************************

sahabat yang dikasihi..memang benar tanggungjawab menjaga ibu bapa lebih berat kepada lelaki kerana dalam islam telah menyebut tanggungjawb lelaki adalah kepada Allah,Rasul, Ibu bapa dan yang terakhir isteri..manakala tanggungjawab wanita adalah kepada Allah, Rasul dan suami..ini kerana wanita yang telah berkahwin syurganya terletak di bawah telapak kaki suami manakala syurga bagi seorang suami adalah terletak di bawah telapak kaki ibu...tetapi bagi wanita yang belum berkahwin,syurganya masih di bawah telapak kaki ibu..

******************************

marilah sahabat..sama2lah kita menjaga kedua ibu bapa kita dengan sempurna..kasihilah mereka seperti mana mereka telah mengasihi kita sejak kecil lagi..mereka memerlukan perhatian kita sbg seorang anak..penyesalan yang tidak terhingga jika kita mengabaikan mereka sehingga hembusan nafas yang terkahir..wallahualam....

p/s : sehingga hari ini terasa belum puas berbakti dengan arwah mama..hanya doa yang dpt aku berikan kepada arwah mama di alam sana..

No comments: