Friday, October 30, 2009

HARI YANG BERMAKNA :)





TEPAT JAM 12.10 AM BERSAMAAN DENGAN
30 OKTOBER 2008

HARI YANG CUKUP BERMAKNA DALAM HIDUP AKU
SETAHUN SUDAH BERLALU

Thursday, October 29, 2009

SELESAI SUDAH..



MASA PERSEMBAHAN



MASA GRADUATION




KEMUNCAK SEGALANYA

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah Majlis Graduasi untuk kanak-kanak Prasekolah Bintang.
Macam-macam hadiah yang diorang dapat. dah macam konvo budak2 U. Diharapkan masa aku konvo nanti meriahlah macm ni..hu3

Wednesday, October 28, 2009

POP YEYE VS AGOGO..



AGOGO



POP YEYE

ANTARA DUA VERSI NI, YANG MANA PALING BEST??
NANTIKAN KEMUNCULAN MEREKA!!

comel kan budak2 pra ni?
diorang ni nak konvo besok, so kene wat persembahan tarian agogo dengan
pop yeye.
suka tengok diorang menari, comel sangat..

p/s : semoga majlis esok berjalan dengan lancar tanpa sabotaj dari sesiapa :)



Tuesday, October 27, 2009

PERLU TAK MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN??

SALAM...

aku bertanya diri aku sendiri..aku ni seorang pemaaf ke?? baik sangat ke aku ni nak maafkan kesalahan orang lain?? perlu ke aku maafkan kesalahan orang lain..setelah puas aku fikir, akhirnya aku temui jawapan yang pasti..

aku : perlu ke aku memafkan kesalahan orang lain?

hati aku : perlu, sebab memberi kemaafan adalah satu sifat yang mulia.

aku : penting sangat ke memaafkan orang lain?

hati aku :kemaafan itu penting..perlu ada dalam diri setiap manusia di muka bumi ni..siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain?? sedangkan Allah itu Maha Pengampun, sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya..ni kan kau sebagai manusia kerdil lagi hina, tak nak memaafkan kesalahan orang lain?

aku : Tapi, mereka tu dah berlaku kejam..mereka tu dah banyak lukakan hati aku, sakitkan hati aku, mendatangkan masalah pada keluarga aku..bukan senang untuk aku lupakan segala kesalahan mereka..

hati aku : Yanah, Rasulullah sendiri pernah disakiti oleh umatnya..lagi dahsyat apa yg kau alami. bukan setakat hati, tapi fizikal Rasulullah sendiri pernah disakiti.

aku : jadi, aku kene maafkan orang jugak la ni?

hati aku : yup..kau sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan perlu untuk memaafkan kesalahan orang lain. tak kira la sebesar mana pun kesalahan orang itu..jangan sesekali menyimpan dendam..Allah itu Maha Adil..ingat tu..

aku : Baik...aku akan ingat pesanan tu...

Jadi, aku berjaya mendapatkan jawapannya..AKU PERLU MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN..AKU PERLU MENJADI SEORANG YANG PEMAAF..

p/s : baba pesan, "biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang"..yanah ingat pesan baba :)

Monday, October 26, 2009

SUBHANALLAH..


salam..

"adapun gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia yang lepas telah mengorbankan dan memusnahkan ribuan manusia dan berpuluh-puluh kampung. Adakah ianya kemurkaan Allah SWT?? Mari kita lihat pada kedua-dua gempa yang berlaku tepat pada pukul 5.16 pm (1716) dan pada pukul 5.58 pm (1758). Waktu gempa yang pertama berlaku bersamaan dengan surah ke 17 iaitu surah Al-Israa' dalam ayat ke 16. Dan waktu gempa yang kedua berlaku bersamaan dengan surah yang sama ayat ke 58. ia menceritakan tentang kebinasaan yang diturunkan Allah SWT akibat perbuatan manusia itu sendiri. Cubalah selak ayat2 tersebut. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.."

aku terima mesej ini dari seorang hamba Allah yang amat aku kasihi pada 21 Oktober 2009 pada pukul 9.19 pm..pada mulanya, aku simpan sahaja meseg ni dlm inbox hp aku..tapi, tiba2 petang tadi pintu hatiku terbuka untuk mengkaji kebenaran mesej ni..aku bangun lalu mengambil tafsir Al-Quran milikku dan aku selak ayat2 tersebut...Subhanallah..meremang bulu roma aku membaca pengertian ayat tersebut..mari sama-sama kita hayati maksud ayat ini..
Surah Al-Israa' ayat ke 16 yang bermaksud :

"dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya ; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya"

Surah Al-Israa' ayat ke 58 yang bermaksud :

"dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)"

p/s : Allah itu Maha Berkuasa...Subhanallah.. :)

Sunday, October 25, 2009

DOA AYAT PENGGERAK

salah seorg member group email remaja masjid telah memberi satu mesej...

mesejnye berbunyi...
salam semua...
saya da masalah...
saya minta kalian boleh membantu...
begini ceritanya...
sy telah bermimpi hantu di mana
kali pertama saya mimpi sejak 5 sem sy study di sini
masa mimpi tu sy terjaga..,then sy tdo balik
then mimpi tu bersambung plak...
saya terus terjaga...
saya amik wuduk n wat solat sunat taubat n hajat....
sejak mimpi tu tdo sy menjadi tidak lena
sy tdo awal...
di siang hari sy xdpt tdo even sy paksa diri untuk tdo mlm..
bla mlm sy tdo kerap terjaga...tdo sy dah xlena lg...
keadaan ni menyebabkan sy xde mood nak study...sy xwat revision lg
oadahal final exam tgl seminggu jea lg...
pa yg patut sy lakukan...sy xnak perkara ini menjejaskan study sy...
sy dah xtau nak wat aper lg...
ble xde mood nk study...agak susah buat saya...even sy paksa diri untuk study....
sy xblh nak cam ni...
pa cadangan kalian..
supaya mood study sy kembali...
tdo sy seperti tdo bayi2 yg baru lahir...
nasihat dari kalian semua...
amat saya perlukan...
sekian,...


sila baca artikel ini, dan amalkan doa ini untuk mengelakan diri daripadanya.






DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.


Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Friday, October 23, 2009

LEPAS SATU TEKANAN...

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak amali muzik tuk kelas aku..walaupun ianya betul2 last minit, tapi aku dan budak2 kelas yang lain dapat melaksanakan amali dengan sempurna..memang aku akui, kitorang kurang bimbingan dari insan yang bergelar pensyarah, tapi disebabkan ianya satu tanggungjawab kitorang sempurnakan jugak tugasan amali ni. takkan sepanjang masa jer nak kene suapkan??..

aku bangga betul dengan budak2 kelas aku. diorang betul2 bagi komitmen yang sepenuhnya terhadap amali ni. dalam masa satu hari boleh setelkan kerja grouping ( main alat perkusi ) dan dalam masa satu hari jugak boleh main keybod dengan baik. bukan senang nak main keybod kalau langsung takde basic. tapi diorang sekejap je dah dapt..wa caya sama lu la..hu3..tahniah untuk korang semua dan jugak untuk aku..he3..

satu tekanan dah lepas. lepas ni nak hadap konvo budak2 pra dengan tarian pulak. lepas tu baru hadap final exam. lepas tu cuti..YEA!!!!

p/s : thanks tuk Pn Noriza yang sempat ajar aku main keybod td. tak lupa juga tuk Pn Hasnah, walaupun masanya kurang bersama kami, tapi dia tetap memberi tunjuk ajar last2 minit..thanks to all :)

Wednesday, October 21, 2009

HAPPY BIRTHDAY MAMA....


MAMA...happy birthday wat mama yang ke 50..semoga mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Yanah sayang mama.

Monday, October 19, 2009

BBQ WITH MY FAMILY..

Nyam3...sedapnye semalam dapat makan ikan bakar dan segala macm seafud dengan family aku..benda ni memg dah lame rancang nak buat, cuma barulah semalam berkesempatan untuk melaksanakannya...hu3...memang seronok bila sekali sekala dapat makan besar bersama family tersayang..sambil tu aku dgn adik beradik yg lain wat surprise tuk mama sempena birthday mama yang ke 50 pada 21 oktober ni..saje wat awal sebab takut kitorang sume tak balik time birthday mama..

banyak peristiwa menarik yang berlaku semalam..bila kenang-kenang balik memang kelakar..dengan yang emo nyer, dengan marah2 nyer, dgn yang degilnye..yang degil tu biasalah kalau bukan aku..he3..sampai aku wat kakak2 aku marah dengan aku..baba memang tak campur tangan, sebab sibuk nak siapkan dapur..lagipun baba memang serahkan 100% kat anak-anak dia siapkan. nak tgk, boleh tak anak-anak dia ni uruskan makan besar..lepas dah siap makan masing2 tadah telinga dgr komen baba..hu3..

yang lawaknye, macm2 perisa aku rasa semalam..dengan tomyamnye yang masin, dengan kerang bakarnye yg hitam legam..hu3..ni sume kakak2 aku punye keje..aku tukang tengok dan tukang angkat2 pinggan jer..tu sebab sampai kene marah..apa guna ada kakak dua orang kan?? sebelum diorang kahwin, better gunakan perkhidmatan diorang secukup2nye..hu3..

p/s : along, angah...jangan marah ek.. :)

PASANGAN HIDUP...


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti `rumah urut', disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapak dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

p/s : kpd wanita yg belum menemui pasangan hidup, carilah lelaki seperti ciri-ciri di atas..InsyaAllah hidup anda akn bahagia :)

Tuesday, October 13, 2009

APA KAITAN FACEBOOK DAN ISRAEL??? JOM SIASAT..

31Aug2009 Filed under: Uncategorized

Tepat jam 9 pagi harini..9 ramadhan 1430..seorang sahabat bernama wardah call.. perbualan berlaku hampir 10 minit..lepas tu kami sambung dengan sms..dalam sms tu wardah bercerita tentang topik menarik dalam Al Islam..banyak yang menarik tapi yang paling nak disentuh untuk post kali ini ialah tentang ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN.. hmm..mula sekali mai nak tunjuk gambar pemilik facebook yang hampir 240juta ahli untuk tahun ini..

ni dia hero facebook kita..mark zuckerberg..ahah..
Apa yang dibicarakan untuk post kali ini ialah setelah ber’sms’ dengan wardah laptop ayah saya terus di’on’kan dan terus nama identiti pemilik facebook dikenalpasti.. hasilnya saya terjumpa satu webforum yang membahaskan tentang “So this is a jewish debate, israelites jews accusing liberal jews of being anti-semites ?” ahah…itulah topic perbincangan mereka..dan sy terpana apabila membaca kesemua ayat yang ada terutamanya ayat ini “What I fail to undertand here is why should any one give a shit what criminals and abominations as this Jews are thinking and assume they have the rigth to impose on every one what to say and how to think.” “Originally Posted by Brigitta:I’d rather be a free paid Zionist whore then a slave to Islam If you suppress the truth it becomes your enemy..if you expose the truth it becomes your weapon”

Kalau ada sesiapa yang nak baca boleh lah klik pada link nih..
http://www.engforum.pravda.ru/showthread.php?p=2915787

bacala jgak al-islam edisi september….yerr..

Dalam Al-Islam edisi september 2009 mukasurat 78 pun ada tentang facebook ni..tapi dari hasil pencarian saya di internet dan al-Islam,apa yang dapat saya perkatakan ialah kepada semua pemuda pemudi islam yang menggunakan facebook sebagai tempat berfoya-foya dengan kawan-kawan yang pelbagai rupa dan warna kulit ini, marilah kita sama-sama mencari Siapa pemilik face book? Siapa Zuckerberg? Apa kaitan Zuckerberg dengan ISRAEL?? dan bagaimana facebook mendapat untung???

Ingin saya umumkan disini sedikit maklumat yang saya ada,Zuckerberg ialah keturunan yahudi,genius komputer yang berjaya mencipta pelbagai perisisan komputer, pelajar universiti harvard dan antara jutawan termuda.Sepanjang di universiti harvard, Zuckerberg sangat aktif menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat dan Kanada. Kaitannya dengan Israel ialah apabila ia dikatakan satu satunya pertubuhan persaudaraan di israel.Asas pertubuhannya ialah membina semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa mereka di masa akan datang yang benar-benar memahami idea,nilai dan etika yahudi.

Kebanyakan ahli facebook yang beragama ISLAM dan bersemangat memperjuangkan islam menggunakan facebook seperti Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad telah diband dan akaun mereka ditutup.Ini jelas membuktikan semangat yahudi yang terlalu tinggi dalam diri pemilik facebook ini kerana terdapat beberapa ahli facebook seperti Joel Leyden yang selalu menyemarakkan semangat tentera israel semasa serangan ke atas ghaza menggunakan facebook dibiarkan begitu sahaja.

Bagaimana facebook mendapat untung?setiap klik yang kita buat ke atas iklan di dalam facebook menyumbang sebanyak $0.50..andai kata kita 1000 pemuda pemudi ISLAM yang klik pada iklan di face dalam masa sejam, keuntungannya ialah $500.. dan bayangkan berapa banyak wang yang anda sumbangkan kepada Zuckerberg dan pertubuhan AEPi nya yang seterusnya disalurkan kepada negara bangsat itu untuk membiayai peperangan di ghaza..Sungguh malang kalau yang menyumbang itu adalah kita..pemuda pemudi ISLAM yang sedang menjadi cercaan negara bangsat itu..

PISAU..GARFU...DAN TANGAN KIRI....

SALAM..

Hari tu aku pergi makan fast food dekat Mid Valley..aku tengok adalah beberapa hamba Allah ni makan guna pisau dan garfu. aku duk la perhatikan diorang makan. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu yang selama ini langsung aku memang tak perasan. apa yang aku tengok rupa-rupanya bila makan guna pisau dan garfu, kita akan menyuap makanan kita menggunakan tangan kiri dan memotong makanan guna tangan kanan.. setahu aku kita perlu menyuap makanan kita dengan menggunakan tangan kanan kan? ini kah protokol Barat yang perlu kita ikut?? menyuap makanan dengan tangan kiri. cuba bayangkan tangan kiri tu la yang kita gunakan untuk mencuci "tut" kita lepas tu kita gunakan tuk menyuap makanan..hinanya..korang fikirlah sendiri ek..

p/s : tak tau lah kalo ada yg gunakan tangan kanan tuk cuci "tut" sendiri..hu3

Sunday, October 11, 2009

THANKS...

SALAM...

Alhamdulillah..akhirnya dpt jugak aku mencari followers tuk blog aku ni..sebelum ni sorg jer, tu pun along aku..tapi bila dah dpt petua dari dia, baru la aku dpt cari pengikut..aku hampir2 nak stop jer dari tulis blog ni sebenarnye sebab dah ketandusan idea sangat2..Insyaallah, lepas ni aku akan cuba masukkan post2 yg menarik kat blog aku ni..

p/s : thanks my followers, bila ada korang baru aku semangat nak tulis blog ni..bagi yg mengkritik, aku anggap tu sebagai satu cabaran..bagi yg memberi idea, thanks banyak2.. :)

Saturday, October 10, 2009

MESTI BACA : JUBAH UNTUK IBU

Bismillahirahmannirahim..

Untukmu Ibu.
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu... merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa.. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat.. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik.. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

MENARI KE BERKAWAD????

Hahahaha..gelak besar aku bila teringat peristiwa belajar menari ni..
Al-kisah...hari khamis ari tu, kelas aku kene belajar tarian inang. kali ni boleh dikatakan full version gak la belajar..banyak ragam yang kitorang kene belajar. mula2 satu kelas kene menari, ingat balik step2 yang dah lepas. puas jugakla nak ingat balik..lepas tu budak laki sahaja yang kene buat, budak perempuan kene duduk rehat jap..

Masa budak laki tengah menari, macm2 gaya yang aku tengok..ada yg macam berkawad.. yg macam "kongkang" pun ada bak kata kak Ju (jurulatih tarian).time angkat tangan nak pusing, siap ada yg nak fire org. aku punyalah gelak sakan kat tepi. yang tak tahan, siap ada yang buat muka berlagak bila dah dapat wat..banggalah kononnya..

Bila tiba giliran budak pempuan yang buat, diorang semua dh ready nak balas dendam. nak gelakkan aku balik. tapi, bila aku stat bukak langkah, masing2 terkedu..tak caye sekasar-kasar aku pandai gak menari..cuma bak kata kawan aku kaki jer keras sikit..he3..tak per yang penting bukan berkawad dan bukan macm "kongkang"..ha3

p/s : seronok dpt belajar menari, lupa sekejap kat assignment.. :)

HELP ME PLEASE!!!


tolong2...aku dah ketandusan idea tahap cipan nak tulis blog ni..tak tau dah nak tulis ape..otak memg dah tahap beku..mcm mana ni???? sedih laaaa :(

Wednesday, October 7, 2009

NAK KE TAK NAK???

Jamuan perdana IP dh semakin hampir. setiap student kene bayar RM55. jamuan diadakan di PWTC..sekarang ni aku tgh di dalam dilema samada nak bayar ke tak nak. Kalau bayar, adakah jamuan tu semeriah yang diwar2 kan?? tapi aku kalau bab2 makan ni memg tak pernah berkira. sebab rezeki Allah, tak baik nak berkira sangat. tema aku dgr nak hitam putih, mcm tahi cicak la pulak. mana aku nak cekau baju hitam putih. takkan nak pakai baju masa kat JB kot yg wajib pakai masa hari Jumaat tu? apasal la letak tema susah2, buat tema pakaian traditional kan senang. semua orang ada..senang2, aku sarung je telekung aku tu, biar semua orang lari..hua3..

p/s : kalau aku bayar, harap2 la memuaskan hati dan berbaloi...."di dalam dilemaku" :)

Sunday, October 4, 2009

MORAL DOWN VS SEMANGAT

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga lawan moral down aku tu..aku berjaya mendapatkan JOHAN untuk semangat aku..yes!!!

p/s : walaupun penat jugak la otak ni membina ayat yang sangat ilmiah... :)

Friday, October 2, 2009

TUGASAN BARU

Perghh...ari ni dpt lagi satu tugasan kerja kursus plus amali..nak tau ape dia..subjek kesayangan aku, ape lagi kalau bukan muzik..dah elok-elok aku suka subjek ni terus jadi satu tekanan..mana tak nya dalhla dapat tugasan last2 minit, wat aku ni macam dah pakar main alat muzik..sabar jela..tugasan nak kene present hujung bulan 10 ni..so, bulan ni dah stat wat kelas tambahan untuk belajar sume benda ni..boleh ke aku catch up semua ni dalam masa satu bulan? persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran aku dan juga member2 kelas yang lain. disebabkan tadi aku terlalu bengang, aku tak fokus satu pun apa yang diterangkan. balik bilik barulah aku baca balik apa yg tugasan tu nak..ape2 hal pun aku kene hadap semua ni dengan hati yang agak paksa rela jugak la..hu3

p/s : hari2 duk praktis main keybod kat bilik..ntah betul ntah tidak..hu3