Tuesday, October 27, 2009

PERLU TAK MAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN??

SALAM...

aku bertanya diri aku sendiri..aku ni seorang pemaaf ke?? baik sangat ke aku ni nak maafkan kesalahan orang lain?? perlu ke aku maafkan kesalahan orang lain..setelah puas aku fikir, akhirnya aku temui jawapan yang pasti..

aku : perlu ke aku memafkan kesalahan orang lain?

hati aku : perlu, sebab memberi kemaafan adalah satu sifat yang mulia.

aku : penting sangat ke memaafkan orang lain?

hati aku :kemaafan itu penting..perlu ada dalam diri setiap manusia di muka bumi ni..siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain?? sedangkan Allah itu Maha Pengampun, sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya..ni kan kau sebagai manusia kerdil lagi hina, tak nak memaafkan kesalahan orang lain?

aku : Tapi, mereka tu dah berlaku kejam..mereka tu dah banyak lukakan hati aku, sakitkan hati aku, mendatangkan masalah pada keluarga aku..bukan senang untuk aku lupakan segala kesalahan mereka..

hati aku : Yanah, Rasulullah sendiri pernah disakiti oleh umatnya..lagi dahsyat apa yg kau alami. bukan setakat hati, tapi fizikal Rasulullah sendiri pernah disakiti.

aku : jadi, aku kene maafkan orang jugak la ni?

hati aku : yup..kau sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan perlu untuk memaafkan kesalahan orang lain. tak kira la sebesar mana pun kesalahan orang itu..jangan sesekali menyimpan dendam..Allah itu Maha Adil..ingat tu..

aku : Baik...aku akan ingat pesanan tu...

Jadi, aku berjaya mendapatkan jawapannya..AKU PERLU MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN..AKU PERLU MENJADI SEORANG YANG PEMAAF..

p/s : baba pesan, "biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang"..yanah ingat pesan baba :)

3 comments:

Ilyah.... said...

Hati akan tenang apabila kita memaafkan kesalahan orang lain. Kita sebagai manusia, tidak dapat menghukum kesalahan setiap orang kerana kita juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan....

gummybear said...

along:
pergh..macm uztazahla along ni..hu3..
betul2, sapa kita untuk menghukum..
biarlah Allah penentu segalanya..

Ilyah.... said...

Baru tau ke...ahaks....