Sunday, October 11, 2009

THANKS...

SALAM...

Alhamdulillah..akhirnya dpt jugak aku mencari followers tuk blog aku ni..sebelum ni sorg jer, tu pun along aku..tapi bila dah dpt petua dari dia, baru la aku dpt cari pengikut..aku hampir2 nak stop jer dari tulis blog ni sebenarnye sebab dah ketandusan idea sangat2..Insyaallah, lepas ni aku akan cuba masukkan post2 yg menarik kat blog aku ni..

p/s : thanks my followers, bila ada korang baru aku semangat nak tulis blog ni..bagi yg mengkritik, aku anggap tu sebagai satu cabaran..bagi yg memberi idea, thanks banyak2.. :)

6 comments:

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum dik...

Cuma sebagai pandangan.. Apa sebenarnya yang kita cari didalam kehidupan ini? Mungkin ada bermacam2 jawapan mengikut gerak hati setiap individu masing2.

Namun jika jawapan itu berlandaskan iman.. sesungguhnya hidup mati kita kerana Allah. Hidup mati merangkumi setiap perjalanan, amalan dan perbuatan kita. Jika hidup mati itu kerana Allah, sudah pastilah setiap perjalanan, amalan dan perbuatan kita itu hanya untuk Allah semata2.

Apa kaitannya keterangan itu dgn blog kita? Maksud abg disini,sesuatu yang kita lakukan biar ikhlas kerana Allah. Bila kita lakukan hanya kerana Allah kita tidak akan rasa sedih. Kita x kan rasa keciwa. Blog kita jadikan satu sumber info untuk kebaikan bersama kerana Allah. Balasan bukan dari follower atau peminat blog kita. Secara zahirnya tiada keuntungan yang kita dapat. Namun pada hakikatnya Allah lebih mengetahui.

Jadi.. dari sekarang cuba tanamkan ia dalam sanubari kita. wallahualam.

Teruskan menulis dik..

Wassalam.

gummybear said...

bujang susah :

thanks tuk awak sebab selalu bagi pandangan dan nasihat.saya hanya lah budak yang baru jer nak belajar.. insyaAllah, saya akn cuba perbaiki segala kelemahan saya.. :)

BUJANG SUSAH said...

xper dik.. abg pun x pandai.. sekadar memberi sedikit pandangan saja.

Jangan risaukan x tau nak posting apa dalam blog kita. banyak info agama dan semasa yang boleh kita search dlm google. Boleh juga cari di sinar online, metro online, harakah online dan banyak lagi.. Kalau rasa susah sgt copy jer la kat blog abg tu untuk disebar2kan pada org lain. Bukan semua org baca blog abg pun. so maksudnya disini ilmu dan segala info dpt kita kembangsebarkan. Hasilnya biar Allah yang menghitung sejauh mana keikhlasan kita.

Sedikit tips untuk adik jika kita inginkan follower yang ramai.

1. kita jgn buat blog kita mcm sarang tabuan.. berserabut dgn gadget dan widget yang ntah hapa2 ntah. sbb ia akan menjadikan page kita jadi berat. org x suka masuk di page yang berat.

2. Pastikan kita sentiasa ada posting2 yang baru. Mana nak cari bahan, abg dah bgtau kat atas tadi. Kalau tidak nnt pengunjung akan bosan.. bukak2 asyik posting yang sama jer.

3. Selalu2lah melawat blog2 sahabat serta org lain sambil tinggalkan sedikit komen.

4. Kalau nak org jadi follower kita.. kita kena la jadi follower org dulu.

Banyak lagi sebenarnya.. tp klau adik amalkan yang 4 jer ni pun insyaAllah, akan ramai pengunjung blog adik... wallahualam.

Semoga berjaya...

Sedikit hadits pendek namun sarat makna dikutip Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya: sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain.

Wassalam.

gummybear said...

bujang susah :

thanks again untuk tips yg berguna..
saya teringin nak copy citer2 awk, tp takut gak awk x bg..hu3

tp sekrg awk dh benarkn, InyaAllah lepas ni saya akan cuba cari info2 menarik tentg islam dan akan follow tips2 yg awk bg..syukran :)

Penakumenulis said...

Wah...satu pencapaian yang bagus...dh ramai follower nmpk..lebih dr alg...baguslah. Leh bertukar pandangan bila dh ramai...teruskan usaha...go..go..cayuk.....

gummybear said...

ilyah :

he3..
along tak tau dua hari ni duk ngadap blog org jer..
naik juling mata ni..hu3